NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RHB turunkan BR, BLR sebanyak 50 mata asas


KUALA LUMPUR, 6 Mei -- RHB Banking Group menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR) dengan menurunkannya sebanyak 50 mata asas berkuat kuasa pada 13 Mei, 2020, sejajar dengan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

RHB Banking Group dalam satu kenyataan hari ini berkata RHB Bank Bhd (RHB Bank), RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menurunkan BR daripada 3.25 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga akan menyemak semula BLR daripada 6.20 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

Sejajar dengan semakan semula itu, kadar deposit tetap RHB Bank juga akan diturunkan sebanyak 50 mata asas berkuat kuasa 13 Mei, 2020, kata kumpulan itu.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo