Naratif Tun sindir Melayu adalah sambungan naratif penjajah untuk melemahkan Melayu


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Tun Mahathir sindir Melayu sekali lagi. Kali ini kononnya Melayu terlalu takut DAP memerintah negara sehingga seolah-olah paranoid terhadap DAP. Tun Mahathir membawa naratif Melayu sebagai bangsa yang lemah, tidak maju dalam bisnes, terlibat dengan jenayah, dadah dan sebagainya.

2) Itu semua naratif buruk yang Tun Mahathir bawa, menyambung naratif yang dikehendaki oleh musuh-musuh dan juga para konspirator 'ghaib' ke atas alam Melayu. Tun Mahathir mengungkit 'sejarah' Melayu tanpa memberikan punca sebenar 'kelemahan' orang Melayu.

3) Sejarah alam Melayu adalah salah satu sejarah umat yang digelapkan oleh musuh-musuhnya. Dengan satu prinsip: Untuk membunuh pokok, racunlah akarnya. Untuk membunuh sesuatu bangsa, racunlah sejarahnya. Sejarah yang Tun Mahathir bawa adalah sejarah yang terhasil daripada akar-akar sejarah yang telah digelapkan.

4) Pakar-pakar sejarah hari ini giat membuat kajian akademik, arkeologik, saintifik etc dan membuktikan dari mana asal-usul Melayu, sejarah keagungan bangsa Melayu, kehebatan bangsa Melayu dalam mencorak peradaban dunia dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelayaran, dan sebagainya.

5) Alam Melayu terkenal dengan empayar-empayar Maritim yang hebat menguasai lautan Nusantara dan meneroka lautan dunia. Kapal-kapal dagang dan diplomasi bertebaran serata lautan. Bahkan beberapa Dinasti di China mengimport puluhan kapal-kapal perang buatan alam Melayu untuk kegunaan empayar China.

6) Sejarah peperangan alam Melayu berperang sesama sendiri dalam perebutan kuasa adalah normal sama seperti alam Eropah, dunia Arab dan sebagainya. Tetapi sejarah orang Melayu mempertahankan kedaulatan tanah air daripada penjajahan adalah pada level yang tiada pada kebanyakan bangsa-bangsa lain di dunia.

7) Alam Melayu diserang dari pelbagai penjuru. British, Sepanyol, Belanda, Portugis adalah penjajah Eropah yang masuk dengan konspirasi licik bersama musuh-musuh sedia ada. Peperangan menentang penjajahan berlaku ratusan tahun tanpa patah semangat ataupun mahu menyerah kalah sebagaimana kebanyakan bangsa di India, Afrika dan Amerika.

8 ) Sejarah klasik alam Melayu bagaikan ada lompong besar dan tidak berhubungan secara solid ketika sejarah semasa perang dunia dan kedua. Hanya pencheritaan sepintas lalu dan tidak ramai yang tahu secara detail, bagaimana bangsa-bangsa asing diangkut masuk oleh konspirasi British dan China waktu itu.

9) Kemudian bangsa-bangsa asing diberi hak oleh British pada tanah-tanah lombong, membina infrastruktur yang besar dan moden seperti hospital, balai polis pusat-pusat perniagaan dan sebagainya. Nilai 1 bilion ringgit waktu itu sangatlah besar dan sangat mampu melahirkan jutawan-jutawan dan tokoh korporat daripada kalangan bangsa asing.

10) Sedangkan pada waktu yang sama, orang-orang Melayu hanya diberikan tanah-tanah sawah, tanah-tanah kampung untk dimajukan, tanpa infrastrukur yang besar. Bahkan sedikit tanah lombong yang diberikan kepada beberapa orang Melayu, ditekan pula sehingga mereka terpaksa menjual tanah lomong kepada British dan bangsa asing.

11) Sejarah ini jarang diperkatakan dalam silibus sejarah negara kita, apatah lagi untuk anak-anak muda tahu, bahawa bangsa asinglah sebenar-benarnya telah awal-awal lagi dipakaikan tongkat besar untuk mereka berjaya mengawal ekonomi negara kita. Tetapi Tun Mahathir menyindir orang Melayu asyik nak bertongkat samapi bila?

12) Hak-hak orang Melayu ditindas oleh British sekian lama. Naratif-naratif Melayu sebagai bangsa yang lemah dibina setiap masa selama ratusan tahun. Sudahlah ditekan, diikat dan dibiarkan miskin dikampung, dibina pula tembok inferiority complex dalam jiwa orang Melayu dalam minda orang-orang Melayu supaya merasakan diri ditakdirkan lemah. Tujuannya Melayu tidak lagi bangkit melawan penjajahan sebagaimana datuk nenek moyangnya bangkit melawan.

13) Ya, Tun. Malayan Union memang perancangan British untuk menguasai tanah Melayu dan alam Melayu secara total. Mereka beranggapan setelah sekian lama melemahkan bangsa Melayu, mereka akan mampu menguasai tanah kita dengan mudah dan plan-plan konspirasi mereka akan berjalan lancar.

14) Namun mereka sedikit tersilap percaturan. Orang Melayu cuba bangkit semula selepas tersedar daripada momokan Melayu lemah. Penjajahan imperialis Jepun mebuka mata orang Melayu yang telah lama dilemahkan. Tembok inferiority complex yang menghantui sedikit pecah membuatkan orang Melayu bangkit menentang Malayan Union.

15) Seterusnya bermulalah perjuangan orang-orang Melayu menuntut kemerdekaan dengan penyatuan front-front orang Melayu seluruh Tanah Melayu. British mula tergugat dengan kebangkitan orang-orang Melayu sehingga mereka terpaksa memberikan kemerdekaan kepada orang Melayu dengan bersyarat - yakni front politik orang Melayu mesti bekerjasama dengan entiti politik bangsa lain.

16) Kemudian naratif yang Tun bawa adalah Melayu mudah hancur kerana adanya pemimpin penyangak dan pencuri, bukan disebabkan DAP. Benar, bukan DAP sebenarnya yang boleh musnahkan Melayu, tetapi pemikiran orang-orang Melayu yang Liberal akan memusnahkan jatidiri dan hak-hak orang-orang Melayu.

17) Liberalisme adalah senjata serangan pemikiran yang kulitnya nampak cantik, tetapi pengisiannya akan memusnahkan. Ia akan melemahkan jiwa-jiwa generasi Melayu dan menghilangkan semangat mempertahankan hak sebagaimana nenek moyang mereka bangkit pertahan tanah air.

18 ) Pemimpin penyangak tetap wujud sepanjang zaman. Bangsa yang ada jatidiri dan keazaman yang kuat akan tahu cara mengatasinya. Empayar elayu yang hebat dulu-dulu tidak terlepas daripada kewujudan penyangak, tetapi mereka terus maju kerana pastinya ada cara tersendiri mengatasinya. Penyangak dan penyamun tidak wajar dijadikan alasan untuk membiarkan generasi Melayu dijajah pemikiran asing.

19) DAP tidak ada power pun jika orang-orang Melayu/Islam bersatu mempertahankan fikrah dan jatidiri. DAP tidak akan buat benda merepek kerana mereka tiada kuasa. Apa yang mereka boleh buat adalah membuat serangan pemikiran dari tahun ke tahun, sehingga wujudnya orang-orang Melayu yang menerima pemikiran mereka.

20) Satu dua figure Melayu yang korup dan penyangak akan dicanang besar-besaran supaya produk pemikiran Liberal mereka menjadi laku. Supaya orang-orang Melayu sendiri hilang keperchayaan kepada pemimpin Melayu. Tidak hairan hari ini pemimpin Melayu juga ada yang menyindir hina bangsa sendiri kerana jiwanya rasa terhina dilahirkan sebagai bangsa yang korup dan penyangak. Walhal itulah hasil momokan sejak sekian lama penjajah dan pendatang asing dahulu kala lagi.

Sekian
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post