NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPT buka laluan lebih luas kepada lepasan UEC ke IPTA



  • KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, calon daripada aliran terbabit yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit serta tertakluk kepada syarat am dan khas yang ditetapkan universiti.
  • Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program yang dikenal pasti termasuk Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Tahfiz serta Pengajian Islam.
  • Sementara itu, bagi lepasan SMPC atau UEC pula, antara program yang dikenal pasti ialah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Cina, Bahasa dan Linguistik Cina, Pengajian Cina serta Bahasa Cina dengan Pendidikan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) membuka laluan lebih luas kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi beberapa ketetapan baharu yang dipersetujui Jemaah Menteri.

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif, adil dan berkualiti kepada semua pelajar berkelayakan tanpa menjejaskan standard akademik institusi pengajian tinggi negara.

Menurut kementerian itu, calon daripada aliran terbabit yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit serta tertakluk kepada syarat am dan khas yang ditetapkan universiti.

“Semua permohonan akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik serta tertakluk kepada ketetapan dan keputusan Senat Universiti,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa calon daripada aliran berkenaan yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) boleh dipertimbangkan mengikuti program tertentu di IPTA mengikut kesesuaian bidang pengajian dan keperluan semasa.

Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program yang dikenal pasti termasuk Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Tahfiz serta Pengajian Islam.

Sementara itu, bagi lepasan SMPC atau UEC pula, antara program yang dikenal pasti ialah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Cina, Bahasa dan Linguistik Cina, Pengajian Cina serta Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Langkah tersebut dilihat sebagai antara usaha kerajaan memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar daripada aliran pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan sambil mengekalkan syarat akademik serta proses pemilihan berasaskan meritokrasi.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa pendekatan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha memperkasa sistem pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan kualiti akademik IPTA.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo