NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BANGI, 19 ZULKAEDAH – Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar yang kini dalam proses pewartaan sebagai warisan tradisi keagamaan Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dikhuatiri akhirnya menenggelamkan identiti asal negara ini. Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya, berkata tidak ramai yang tahu di mana kesenian dan keunikan pesta itu serta sejarahnya hingga mahu diangkat sebagai warisan negeri. “Mereka bergerak ke hadapan dan terus menguasai. Satu persatu kebudayaan dan kesenian asing mendapat tempat dalam negara. “Kini Pesta Hantu Lapar pula mahu dijadikan warisan negeri. Tidak ramai yang tahu di mana kesenian dan keunikan pesta ini dan apa sejarahnya sehingga mahu diangkat sebagai warisan negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Aminuddin berkata, apabila sudah diangkat menjadi warisan, sudah pasti kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara serta membiayai warisan itu. “Persoalannya kenapa mereka begitu bersungguh untuk mengangkat warisan ini? Apabila dijadikan warisan peringkat negeri maka akan ada potensi diangkat ke peringkat nasional di masa hadapan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. “Akhirnya identiti asal negara akan tenggelam oleh budaya-budaya yang entah datang dari mana,” katanya. Sebelum ini media melaporkan, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai, berkata sambutan Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar dalam proses pewartaan sebagai warisan tradisi keagamaan Pulau Pinang. Proses itu dilaksanakan selepas kerajaan negeri mewartakan tujuh seni warisan budaya dan 28 makanan tradisional sebagai warisan negeri bagi tahun 2026. Menurutnya, semua warisan budaya tidak ketara yang diwartakan di peringkat negeri berpotensi dicadangkan untuk pewartaan di peringkat kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. “Elemen warisan terpilih juga boleh dipertimbangkan untuk pengiktirafan antarabangsa menerusi Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO,” katanya.



BANGI, 19 ZULKAEDAH – Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar yang kini dalam proses pewartaan sebagai warisan tradisi keagamaan Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dikhuatiri akhirnya menenggelamkan identiti asal negara ini.

Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya, berkata tidak ramai yang tahu di mana kesenian dan keunikan pesta itu serta sejarahnya hingga mahu diangkat sebagai warisan negeri.

“Mereka bergerak ke hadapan dan terus menguasai. Satu persatu kebudayaan dan kesenian asing mendapat tempat dalam negara.

“Kini Pesta Hantu Lapar pula mahu dijadikan warisan negeri. Tidak ramai yang tahu di mana kesenian dan keunikan pesta ini dan apa sejarahnya sehingga mahu diangkat sebagai warisan negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Aminuddin berkata, apabila sudah diangkat menjadi warisan, sudah pasti kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara serta membiayai warisan itu.

“Persoalannya kenapa mereka begitu bersungguh untuk mengangkat warisan ini? Apabila dijadikan warisan peringkat negeri maka akan ada potensi diangkat ke peringkat nasional di masa hadapan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Akhirnya identiti asal negara akan tenggelam oleh budaya-budaya yang entah datang dari mana,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai, berkata sambutan Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar dalam proses pewartaan sebagai warisan tradisi keagamaan Pulau Pinang.

Proses itu dilaksanakan selepas kerajaan negeri mewartakan tujuh seni warisan budaya dan 28 makanan tradisional sebagai warisan negeri bagi tahun 2026.

Menurutnya, semua warisan budaya tidak ketara yang diwartakan di peringkat negeri berpotensi dicadangkan untuk pewartaan di peringkat kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Elemen warisan terpilih juga boleh dipertimbangkan untuk pengiktirafan antarabangsa menerusi Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo