NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB baru Kedah sah angkat sumpah hari ini


Rakyat Kedah sah akan mendapat menteri besar dan kerajaan baru, dengan majlis angkat sumpah akan diadakan pada pukul dua hari ini, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Ia menandakan tamatnya pentadbiran Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah buat kali kedua, yang dipegangnya selama dua tahun setelah PH menang di negeri itu pada PRU ke-14.

Kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tidak dapat dipertahankan setelah Bersatu keluar daripada PH, yang menyaksikan tumbangnya pentadbiran gabungan itu di peringkat persekutuan.

Beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Ia disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Sebanyak 23 akuan bersumpah (SD) daripada Adun Kedah juga dipersembah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan mencadangkan calon baru menteri besar.

Di Alor Setar, persiapan untuk majlis tersebut bermula dengan raptai angkat sumpah bakal menteri besar, Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo