Mahathir, siapa lagi percayakan kamu. 马哈迪,谁还会相信你


MAHATHIR, SIAPA LAGI PERCAYAKAN KAMU.
马哈迪,谁还会相信你

Sumber : Sin Chew Daily 星洲日报 11/5/2020

Penulis : 林瑞源, Penolong editor kanan Sin Chew Daily

Diterjemahkan oleh : Megat Hisemudin Megat Kasim

.

Melihatkan Pengerusi Bersatu, Tun Mahthir dan Pengerusi PKR, Anwar Ibrahim kembali berkerjasama, dirasakan para pengundi yang telah tertipu tidak akan lagi mempercayai Tun Mahathir.

Pada PRU tahun 2018, rakyat menyangkakan yang Tun Mahathir telah berubah maka kepercayaan telah diberikan kepadanya dan Pakatan Harapan yang dipimpinnya. Tetapi setelah memerintah, beliau tidakpun memandang kepada janji-janji manifesto Pakataan Harapan sebaliknya mengambil jalan perkauman, menghadiri Kongres Maruah Melayu, memanjangkan lesen Lynas. Menggunakan isu pelajaran jawi untuk memporak-perandakan masyarakat. Tidak putus-putus melakukan pusingan U dan menaikkan emosi perkauman dan keugamaan yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan yang mana sokongan kepada Pakatan Harapan jatuh sehingga ke dasar.

Ketika parti-parti dalam Pakatan Harapan mahukan beliau menyatakan tarikh peralihan kuasa, beliau bukan sahaja tidak berasa malu malah menjadi marah. Dengan melalui Azmin Ali untuk menjemput ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional, PAS dan GPS bagi membentuk “kerajaan Perikatan Nasional”. Ia bertujuan untuk keluar dari ikatan agenda pembaharuan Pakatan Harapan untuk terus menjadi Perdana Menteri tanpa sekatan tempoh.

[ Nota : idea asal Tun Mahathir mahu mewujudkan Perikatan Nasional ialah bagi membentuk sebuah kerajaan yg tidak dianggotai oleh parti-parti politik tetapi jemaah menteri adalah dipilih oleh Tun Mahathir secara mutlak dari ahli-ahli parlimen yang disukainya sahaja dan ia dilihat sebagai bentuk pemerintahan diktator. Tun Mahathir pula blh tidak menghiraukan desakan utk membuat peralihan kuasa kpd Anwar spt yang dijanjikan dlm Pakatan Harapan. Tetapi kesempatan ini digunakan oleh Azmin Ali dgn mengumpulkan pemimpin dari BN, PAS dan Bersatu dengan tidak menjemput puak-puak Anwar Ibrahim dlm satu makan malam di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur yang akhirnya membuahkan satu muafakat dengan menyokong Muhyiddin sebagai ketua di blok ini utk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Ia dinamakan Langkah Sheraton. Tun Mahathir akhirnya sedar yang idea dia telah diubahsuai utk menjatuhkan dirinya pula.]

Tak disangka-sangka “cengkadak mahu menangkap cengkerik, menunggu di belakang ialah burung pipit” “螳螂捕蝉,黄雀在后” yang akhirnya Muhyiddin pula menggenggam kuasa sebagai Perdana Menteri.

[Nota : cengkadak mahu menangkap cengkerik, menunggu di belakang ialah burung pipit 螳螂捕蝉,黄雀在后 adalah satu peribahasa Cina yang bermaksud kita hanya nampak kepentingan yang berada di depan mata tetapi sebenarnya bala yang besar menanti di belakang ].

Inilah yang membuatkan Pakatan Harapan kehilangan kuasa dan akhirnya menghakis kepercayaan rakyat. Kemudiannya pula menyalahkan Muhyiddin bertindak membelakangannya. Menyalahkan pula Anwar Ibrahim tak henti-henti nak jadi Perdana Menteri tetapi diri sendiri tidak tahu untuk bermuhasabah.

Sejarah hitam ini tercatat sebagai yang paling memeritkan bagi pengundi selepas bertungkus-lumus dalam PRU14. Dalam masa wabak Covid-19 ini tak mahu lagi diingatkan. Tun Mahathir adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman, masakan dia tidak tahu yang dia telah merobek hati penyokongnya ?

Sebelum PRU14 Tun Mahathir dengan proaktif berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk berdamai. Kini pula penyokongnya hanya ada 4 orang ahli parti BERSATU sahaja. Maka dengan itulah dipercayai beliau menghulurkan tangan sekali lagi kepada Anwar.

Jikalau Pakatan Harapan sekali lagi membenarkan Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, ia dianggap sebagai keputusan yang bodoh. Tun Mahathir tidak pernah berubah dan dia tidak berupaya lagi untuk memberikan jasa kepada negara dan agenda perubahan demokrasi.

Berbanding Anwar yang punyai ideologi politik yang unggul namun kekurangan gaya kepimpinan dan kepakaran pentadbiran. Dia selamanya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah perebutan kuasa puak-puak dalam parti. Akhirnya menguburkan faktor keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Gabungan Tun Mahathir dan Anwar tidak akan menghasilkan percikan api, juga tidak akan menaikkan emosi rakyat malah akan mengikut masa hilang begitu saja. Mereka seharusnya bersama pemimpin lain yang berpengalaman termasuklah Wan Azizah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mohammad Sabu, Salahuddin Ayob berundur ke belakang tabir. Berikan generasi muda untuk memimpin gerakerja seperti Nur Izzah, Syed Saddiq, Anthony Loke bagi meneruskan agenda pembaharuan Pakatan Harapan.

Hanya dengan berundurnya pemimpin-pemimpin yang berpengalaman ini barulah boleh keluar daripada sejarah hitam “Langkah Sheraton”. Bangkit kembali untuk mencabut duri yang tersemat di hati pengundi.

Kemungkinan besar Pakatan Harapan tidak dapat melalui parlimen untuk menjatuhkan Muhyidin tetapi jika Pakatan Harapan boleh berlumba dengan penyertaan dan kualiti para pemimpinnya serta bukanlah jenis yang menyalahkan antara satu sama lain, maka Pakatan Harapan masih ada harapan lagi untuk berkuasa.

Perikatan Nasional adalah sebuah gabungan pemerintahan yang longgar dengan tidak mempunyai persefahaman, dasar pemerintahn dan falsafah pentadbiran tetapi parti-parti ini digabungkan kerana mempunyai kepentingan bersama. Sekarang percaturan Muhyidin ialah ingin menggunakan sokongan daripda ahli-ahli parlimen gabungan ini untuk mengukuhkan kedudukannya.

Nota : terdapat tiga perenggan terakhir tidak diterjemahkan kerana pada pendapat saya ia tidak menyentuh tentang Tun Mahathir tetapi lebih kepada Perikatan Nasional.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post