NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Duduk Rumah Menyelamatkan Nyawa


Perjalanan masa Negara kita dengan peristiwa Wabak COVID-19 yang melanda dunia, kini memasuki bulan ke-5. Setelah empat tempoh PKP, dan kini bolehlah dianggap sebagai PKP tahap 5, iaitu PKP Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan berakhir 9 Jun. Maka rakyat Malaysia telah dibudayakan dengan banyak perkara bersifat norma baharu (new norms). Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memperingatkan kita akan perlunya mengamalkan norma baharu (new norms) sekiranyanya kita mahu bebas daripada penularan Wabak COVID-19.

Nota tertulis pada laman mukabuku (FB) KKM ialah atas tajuk Duduk Rumah Menyelamatkan Nyawa dan sub-tajuknya "Anda boleh membantu menghentikan penyebaran virus (dengan mengamalkan:"
• Penjarakan memperlahankan penyebaran COVID-19
• Virus disebarkan terutamanya melalui batuk dan bersin
• Anda akan membantu melindungi sumber penting untuk pesakit yang paling sakit.

Sehubungan itu, tanggungajawab pihak berkuasa terpikul ke atas KKM ialah melaporkan setiap hari perkembangan status Wabak COVID-19 untuk perhatian umum dengan harapan semula lapisan rakyat berjaga-jega dan mengambil kesedaran bersama agar penuaran Wabak COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya dan Malaysia sedia bebas daripada kegerunan wabak ini.

Perkembangan hari ini (16 Mei 2020)



KKM melaporkan sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes Positif Mengikut Negeri (setakat jam 12 tengah hari), terdapat 17 kes positif baharu, iaitu melibatkan 6 kes import dan 11 kes lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang termasuk 5 kes daripada bukan warganegara Malaysia.

Dilaporkan juga 73 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh (kumulatif dirawatpulih) adalah sebanyak 5,512 (bersamaan 80.21%).

Sewajarnya kita merakamkan ucapan tahniah kepada petugas barisan hadapan (termasuk pasukan perubatan) dan semua pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia selamat dan bebas daripada penularan Wabak COVID-19 ini.

Hari ini, dilaporkan terdapat pertambahan satu kes kematian (nota; semalam, 15 Mei - tiada kes kematian) berkaitan COVID-19. Ia menjadikan setakat ini 113 kes (kes ke-6,856) iaitu seorang wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun, mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi, seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah yang telah bercuti sakit disebabkan barah, dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang. Keputusan ujian ke atas mayatnya pada hari ini adalah disahkan positif COVID-19.

Daripada laporan hari ini, rekod kes baharu sebanyak 17 kes adalah kali kedua terendah direkodkan sepanjang PKPB ini. Kali pertama sebelum ini ialah pada 12 Mei, iaitu sebanyak 16 kes baharu. Lihat data berikut:


Solat Jumaat pertama kali dibenarkan musim PKP

Umat Islam sekian lama (semenjak PKP berkuatkuasa) telah tidak dibenarnya mengadakan solat berjemaah dan solat fardhu Jumaat demi mengelak daripada berlaku perhimpunan ramai dan kontak individu yang memungkinkan penularan Wabak COVID-19.

Mulai semalam (15 Mei) telah dizinkan di kebanyakan Negeri, termasuk di mana-mana zon hijau dalam Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah garis panduan berkaitan SOP Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid yang dibenarkan.



Garis panduan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Terawih, dan solat Sunat Aidilfitri di Masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih di zon hijau (Wilayah Persekutuan). Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah bilangan jemaah dan tindakan sebelum hadir dan hendaklah patuh pada arahan yang diberikan agar keselamatan semua orang terjamin. Hal ini boleh dirujuk kepada infografik berikut:


Solat Jumaat pertama mencetuskan ketidak patuhan wartawan kepada SOP penjarakan antara satu sama lain. Hal ini telah dizahirkan (tidak puas hati) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mungkin sekumpulan wartawan ambil sikap sambal lewa tentang tanggungjawab bersama, sedang ibadat solat itu diberi garis panduan yang cukup baik untuk dipatuhi dan ia dipatuhi oleh ahli jemaah masjid yang bersolat, tetapi tiada bagi kalangan wartawan yang hadir melaporkan peristiwa bersejarah (solat Jumaat ikut SOP bagi PKPB). Ini sebahagian daripada gelagat semusim PKPB.

Ingat PKP ingat SOP

Tema ini sepatutnya mendidik semua pihak bagi membuktikan komitmen bersama termasuk anggota saf hadapan (frontliner) dan wartawan yang setiaphari berhadapan dengan situasi PKPB hari ini.

Justsru kita sepatuynya mengetahui dan mengamalkan aturan dan arahan PKP (hari ini PKPB) seperti mana kedudukan kuasa dan aturan di bawah MKN.

Berikut merupakan nota-nota penting berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order):
1. Nama Perintah
~ Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
2. Tempoh Masa
~ Perintah ini berkuatkuasa dari 18 Mac – 9 Jun 2020
3. Liputan Kawasan Perintah
~ Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia
4. Kuatkuasa Undang-undang
~ Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967
5. Arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan:- Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Semoga doa kita pada sepanjang Ramadhan ini, termasuklah doa pada hari Solat Jumaat semalam untuk mendapat perkenanan Allah SWT - membebaskan kita dari Wabak COVID-19 ini - dimakbulkan-Nya jua.


Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-duduk-rumah-menyelamatkan-nyawa.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo