Kronologi kemelut politik Kedah


24 Februari - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH)

27 Februari - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bagi mengekalkan kerajaan negeri sedia ada


16 Mac - Muhyiddin dicabar Mukhriz dan Mohd Faiz Azleesham bagi jawatan Presiden BERSATU dalam pemilihan parti itu, Jun depan.

6 Mei - PAS umum sedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam PH Kedah.

12 Mei - ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee umum keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perikatan Nasional (PN).

12 Mei - PN Kedah umum pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk dari BERSATU

13 Mei - Mukhriz menegaskan beliau masih Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.

15 Mei - Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman.

17 Mei - Mukhriz umum melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti sokongan ADUN.

17 Mei - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan Sultan Kedah perkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689768/kronologi-kemelut-politik-kedah
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post