NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Arab Saudi Teruk - Tiada Haji & Umrah 2020


Ranking penularan Wabak COVID-19 bagi Arab Saudi (AS) hari ini, di dunia tangga ke-16 dan di Asia tangga ke-5 tertinggi. Pola peningkatan kes agak mendongak dan mencecah jumlah terbaharu (17 Mei) ialah 54,752 keseluruhan kes. Sedangkan pada 11 Mei lalu berjumlah 41,014 kes. Ini bermakna dalam seminggu ini berlaku pertambahan kes sebanyak 13,738 kes.

Hakikatnya status penularan Wabak COVID-19 di AS kira-kira 9 kali ganda lebih besar berbanding Malaysia yang hari ini berjumlah 6,894 keseluruhan kes. Malah AS sedang menyusuli Belgium di Eropah yang kini berjumlah 55,280 kes. Namun AS tiga kali lebih rendah berbanding Turkey (negeri tangga teratas di Asia) yang kini berjumlah 148,067 keseluruhan kes.

Secara kelok liner pula, perkembangan Wabak COVID-19 di AS dalam masa seminggu masih dilihat mendongak, terutama dari segi jumlah keseluruhan kes dan kes baharu.


Pola kelok keseluruhan kes COVID-19 di AS dalam seminggu ini dilihat tiada tanda-tanda menurun. Pada 11 Mei sudah di atas garisan 40 ribu, kemudian pada 15 Mei mula mencecah garis 50 ribu dan kini mencecah 55 ribu dan dijangka mencecah 60 ribu dalam masa dua hari lagi. Kemungkinan pertambahan ini agak besar memandangkan pola pertambahan harian kes baharu hampir 3 ribu kes.


Bagi kelok kes baharu, pada 11 Mei, jumlahnya mencecah garis 2 ribu dan agak mendatar sehinggalah 14 Mei mula melebihi garis 2 ribu kes baharu. Kemudian pada 15 Mei mula mendaki dan hari semalam (16 Mei) mencecah 2,840 kes dan menurun sedikit pada hari ini (17 Mei) kepada 2,736 kes baharu.

Justeru itu, perkembangan Wabak COVID-19 di AS agak menggerunkan dan munasabahnya pihak berkuasanya sudah mengambil langkah menutup kemasukan jemaah umrah dan haji pada tahun 2020 ini. Apa yang pasti, di dua tanah suci - Mekah dan Madinah - tidak ada lagi kemeriahan ibadat Ramadhan dan Haji. Keadaan yang sama berlaku di Negara kita Malaysia - tiada solat jemaah di masjid da surau.

Kita mendoakan agar Allah SWT dapat mereda dan seterusnya membebaskan bumi AS dan Negara kita daripada penularan Wabak COVID-19 ini. Ins sya Allah.



Di Malaysia pun masih berlaku pertambahan kes baharu sebanyak 22 kes pada hari ini, iaitu bertambah 5 kes berbanding semalam. Namun pesakit yang sembuh sebanyak 59 orang menyebabkan kumulatif kes sembuh mencecah 5,571 orang. Apabila kes baharu rendah berbandung jumlah pesakit sembuh, bermakna kemungkinin penularan Wabak COVID-19 di Malaysia kian pulih.

Oleh itu, kita hendaklah terus patuh kepada aturan dan SOP penjagaan diri agar kita selamat. Pesanan daripada KKM, "orang ramai hendaklah melindungi golongan yang berisiko tinggi kerana mereka mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19. Golongan seperti warga emas iaitu 60 tahun ke atas dan mereka yang mengidap penyakit-penyakit kronik mempunyai risiko lebih tinggi (untuk dijangkiti). Begitu juga dengan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Mereka ini tidak digalakkan untuk berada di tempat-tempat awam."

Semoga Allah permudahkan hamba-Mu ini dan pasukan saf hadapan menjayakan langkah-langkah pengawalan dan pencegahan Wabak COVID-19 dari terus melanda Negara kita.

WalLahu'alam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo