COVID-19: Antara dua PKP - PKP tahap 4 terbaik


Wabak COVID-19 di Malaysia telah melalui empat tempoh PKP dan kini sedan menjalani PKPB. Ia bermula denan PKP Tahap 1 (18-31 Mac), PKP Tahap 2 (1-14 April), PKP Tahap 3 (15-28 April), PKP Tahap 4 (29 April -12 Mei) dan kini dalam tempog PKPB (4 Mei - 9 Jun).

Menarik untuk dibincang ialah dua PKP di pertengahan penularan Wabak COVID-19, iaitu PKP Tahap 3 (PKPt3) dan PKP Tahap 4 PKPt4). Ia kerana di dalam tempoh ini, berlaku perkembangan yang signifiken dari segi kes-kes dan langkah yang diambil oleh Kerajaan kita.

Sebelum itu, dipaparkan terlebih dahulu data-data penularan Wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh dua PKP (PKPt3 dan PKPt4).


Kedua-dua PKP ini, sama juag dengan dua PKP yang terawal adalah melibatkan tempoh 14 hari. Kenapakah 14 hari? Tempoh hayat bagi mengesan tahap gejala (infection) terhadap mana-mana individu sama ada dijangkiti COVID-19 atau tidak ialah selama 14 hari. Oleh sebab itu, kuarantin wajib yang diamalkan di Malaysia dan oleh kebanyakan negara di dunia ialah 14 hari.

Dijangkakan mana-mana individu semasa kuarantin berkemungkinan mengalami gejala dan positif COVID-19 atau tidak akana dapat dikesan dalam tempoh kuarantin. Mana-mana individu yang positif akan akan dimasukkan ke wad dan rawatan dibuat. Sementara mana-mana individu yang negatif selama masa 14 hari dikuarantin akan dibenarkan pulang ke rumah.

Berdasarkan perkembangan Wabak COVID-19 dalam tempoh PKPt3 dan PKPt4, paling penting dilihat ialah bandingan pola pertambahan kes baharu dengan jumlah pesakit yang dirawatpulih.Pada PKPt3, berlaku 864 kes baharu dan 1,385 pesakit dirawatpulih. Sementara pada PKPt4 pula, berlaku 891 kes baharu dan 1,136 pesakit dirawatpulih. Pola perkembangan ini menunjukkan bahawa jumlah pesakit yang bergejala COVID-19 adalah lebih besar berbading dengan pertambahan kes baharu. Dalam PKPt3, jumlah dirawatpulih lebih besar iaitu 521 orang, Sementara dalam PKPt4, jumlah dirawatpulih juga lebih besar, iaitu 245 orang. Jika dibandingkan di antara jumlah dirawatpulh bagi kedua-dua PKP ini, didapati semasa PKPt3 jumlah pulih lebih ramai, iatu 249 orang lebih tramai berbanding PKPt4. Ini, membuktikan prestasi rawatpulih pada PKPt3 adalah lebih baik, iaitu 80.57% pesakit yang pulih berbading dengan jumlah pesakit yang sedang dirawat. Bagi PKPt4 pula, prestasinya juga agak sama, iaitu 80.57%. Jika peratus ini diambil kira, maka prestasi dirawatpulih bagi kedua-kedua PKP ini adalah setara.

Hal ini boleh dikaitkan dengan langkah PKP dan inisiatif perubatan yang mempunyai darjah komitmen dan fokus yang sama tinggi. Maka kesannya, berlaku pertambahan kes baharu bagi kedua-dua tempoh PKP dalam pola yang hampir sama, iaitu bersifat berombak (waving) Ini dapat dilihat menerusi kelok linear berikutnya.


PKPt3, kes baharu bermula pada 15 April sebanyak 85 kes, dan PKPt4 bermula pada 29 April sebanyak 94 kes, iaitu bermula dengan dua digit (angka puluh), sementara kemuncak bagi kes baharu masing-masingnya berlaku pada dua tarikh, iaitu 16 April (+110) dan 24 April (+88). bagi PKPt3 dan pada 2 Mei (+105) dan 3 Mei (+122). Selepas itu, kesemua kes baharu bertambah dengan jumlah dalam dua angka, sehinggakan pada saat akhir PKPt3 jumlahnya 31 kes dan pada PKPt4 16 kes sahaja (terendah setakat ini). Kemudian pola kes baharu dalam tempoh PKPB sekarang ini didapati kekal dengan jumlah dua angka. Alhamdulilah, hal ini cukup menggembirakan kita.

Kemudian pola kes baharu dalam tempoh PKPB sekarang ini didapati kekal dengan jumlah dua digit. Alhamdulilah, hal ini cukup menggembirakan kita. Data hari ini (15 Mei) jumlah kes baharu hanya 36 dan 88 pesakit dirawatpulih, iaitu kelebihan 52 kes bagi rawatpulih berbanding kes baharu.

Justeru bersempena dengan malam-malam 10 terakhir Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita mendoakan "kurnia pemulihan" ke hadrat Allah agar semua pihak yang terlibat di dalam mengekang dan memutuskan rantaian Wabak COVID-19 ini diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh-Nya jua.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/05/covid-19-antara-dua-pkp-pkp-tahap-4.html
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post