Akad nikah 'online' pertama



JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia, hari ini.

Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis diadakan 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada .

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Majlis akad nikah secara dalam talian itu dikongsi Zulkifli melalui Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaanbagi membantu pasangan yang berkahwin itu.

Menurut beliau, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Katanya, majlis itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.

JAWI membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan Covid-19 adalah Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post