Perkara 55 Perlembagaan memperuntukkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Perkara 40 (1) pula menyebut bahawa pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
Berdasarkan Perkara 55 dan Perkara 40, kita dapat simpulkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong hanya boleh membubarkan Parlimen setelah wujud permintaan dari Perdana Menteri yang mewakili Jemaah Menteri.
Memang ada peruntukan budibicara Yang Di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan pembubaran Parlimen. Tapi kita perlu lihat apa perkataan yang digunakan.
Perkara 40(2) menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Budi bicara Yang di-Pertuan Agong ialah untuk “tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen”, bukannya untuk “membubarkan Parlimen”. Ia dua perkara yang berbeza. Oleh itu Parlimen tidak boleh dibubarkan melainkan jika ada permintaan dari Perdana Menteri, atau kerana tamat tempoh tempoh Parlimen selama lima tahun.
HULU SELANGOR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini akan menjadi referendum bagi menyatakan kegagalan Kerajaan M...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment