NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis: Calon BN azam perkuatkan suara rakyat Sabah di parlimen



PRK KIMANIS | Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Mohamad Alamin berazam untuk membawa dan memperkuatkan suara rakyat Sabah ke parlimen sekiranya dipilih sebagai anggota parlimen Kimanis, 18 Jan nanti.

Beliau berkata, rakyat Sabah jelas tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan hari ini.

"Saya akan membawa suara rakyat Sabah, kita akan luahkan supaya sampai kepada kerajaan.

"Kita akan lihat apa-apa isu semasa, ketikdakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan jelas," katanya selepas selesai penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort, hari ini.

Mohamad yang dipertaruhkan BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis bakal berdepan pencabarnya dari parti Warisan Sabah, Karim Bujang.

Mohamad merupakan calon pertama tiba pada jam 9.07 pagi dan selesai menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.27 pagi.

Manakala Karim yang tiba pada jam 9.13 pagi selesai mengisi borang pencalonan pada jam 9.30 pagi.

PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan

Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU 2018, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.

Beliau mendapat 11,942 undi berbanding 11,786 undi yang diperoleh Karim manakala seorang lagi calon, Jaafar Ismail dari Parti Harapan Rakyat Sabah, mendapat 1,300 undi.

Mohamad hadir dengan diringi pemimpin utama BN iaitu Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, Pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Ribuan penyokong kedua-dua parti berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau akan terus memulakan kempenya petang nanti untuk bertemu pengundi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo