NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awas: Adib Sah Dibunuh Tapi Perjuangan Belum Selesai


Oleh: Abdul Muein Abadi

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Terdapat tiga jenis golongan hakim; dua golongan dicampak ke neraka dan satu golongan dimasukkan ke syurga. Pertama, Hakim yang mengetahui kebenaran dan menetapkan hukum berdasarkan kebenaran, maka dia masuk syurga. Kedua, Hakim yang mengetahui kebenaran tetapi berhukum bertentangan dengan kebenaran dan bertindak zalim, maka dia dicampak ke neraka. Ketiga, Hakim yang tidak mengetahui kebenaran lalu dia memutuskan hukumannya atas kejahilannya, maka dia dicampak ke neraka." (Hadis Riwayat Abu Daud).

1. Arwah Adib sah mati dibunuh. Arwah dibunuh kerana sentimen yang dibakar hasil kenyataan tidak cermat pemimpin Pakatan. Peguam Negara yang dilantik Pakatan pula bertindak dahsyat sebanyak dua kali dalam kes inkues pembunuhan Adib ini.

2. Pertama, Tommy Thomas campur tangan dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Adib, seperti mana pendedahan Peguam keluarga Adib iaitu Puan Syazlin Mansor (ketika itu mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

3. Kedua, Tommy Thomas memfailkan afidavit yang berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh yang jelas mendahului prosiding Inkues.

4. Sejurus sebelum kejadian – ketika kes tapak kuil sedang menjadi kontroversi – seorang pemimpin Pakatan memberi kenyataan negatif berkenaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala seorang lagi menggunakan istilah serangan ‘kumpulan Islam’ – kedua-duanya berkenaan isu tapak kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

5. Akibatnya, pada malam 27 November itu – tepat 200 hari selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh pada 10 Mei 2018 – para perusuh yang dibakar sentimen telah bertindak menyerang anggota pasukan penyelamat yang ironinya hadir bagi menyelamatkan gerombolan berkenaan daripada kebakaran kereta yang mereka sendiri cetuskan.

6. Insan mulia tersebut – Muhammad Adib Mohd Kassim – akhirnya pergi mengadap Ilahi selepas bertarung nyawa pada malam 17 Disember 2018.

7. Allah Maha Besar, Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa Adib mati dipukul dan pukulan menyebabkan kematian – jauh bertentangan dengan afidavit yang difailkan Peguam Negara, Tommy Thomas.

8. Meski pun sah bahawa Arwah Adib mati dibunuh, namun kes ini belum selesai.

9. Menurut Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar langkah berikut wajib dilakukan segera:

10. Prosiding komital terhadap Peguam Negara perlu diteruskan;

11. Memulakan prosiding komital terhadap mana-mana pihak yang menghina keputusan koroner;

12. Mendesak PDRM memuktamadkan siasatan kes bunuh Adib dengan sempurna dan segera;

13. Mendesak AG menyegerakan pendakwaan pembunuh Adib;

14. Mendesak AG letak jawatan atau dipecat.

15. Selain itu, desakan daripada Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berikut juga wajib dilakukan:

16. Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

17. Mendesak Exco DAP Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

18. Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.

19. Selagi mana kesemua langkah ini tidak dilakukan, selagi itulah keadilan untuk Arwah Adib masih belum terbela sepenuhnya. Pemimpin Pakatan wajib beringat dengan Hadis Rasulullah S.A.W. di atas.

*Abdul Muein Abadi ialah Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber: https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10214675294105525

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo