1. Data terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual.
2. Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.
3. Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun, sedangkan Pakatan baru berkuasa 500 hari tetapi sudah menjual lebih RM30 bilion aset negara. Terlampau banyak dijual dalam masa yang terlalu singkat.
4. Paling membimbangkan tentulah hakikat bahawa penjualan aset-aset negara di bawah Pakatan ini tidak diganti dengan pembelian aset-aset strategik terkemuka – jauh berbeza dengan era BN di bawah Datuk Seri Najib Razak dahulu yang terbukti menyalurkan pula hasil pelupusan aset bagi menjana pelbagai pelaburan strategik yang lain.
5. Berikut ialah senarai lengkap aset negara yang telah sah dijual dalam tempoh 500 hari Pakatan berkuasa:
19. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/…/malakoff-pays-us-70m-for-desar…).
21. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/484209.
23. Jumlah kesemua penjualan aset negara ini adalah sekitar RM35.789 bilion.
24. Kerajaan Pakatan menjual paling banyak aset negara kepada Jepun iaitu sebanyak RM9.605 bilion (RM8.41 bilion IHH, RM1.02 bilion PCMC, dan RM175 juta Modenas).
25. Kerajaan Pakatan menjual aset negara kedua paling banyak kepada China iaitu sebanyak RM9.11 bilion (RM1.6 bilion Pejabat Konsulat di Hong Kong, RM7.41 projek Bandar Malaysia, dan RM100 juta FGV China Oils Ltd (FGVCO).
26. Kerajaan Pakatan menjual aset negara ketiga paling banyak kepada Singapura iaitu sebanyak RM7.156 bilion (RM1.65 bilion M1, RM4.73 bilion DUO, RM579 juta aset digital Axiata, dan RM197 juta Hotel Royale Chulan).
28. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Khazanah Nasional menjual asetnya untuk membantu kerajaan membayar hutang yang dilakukan pentadbiran terdahulu (Rujuk: ‘Dr M: Khazanah jual aset untuk bayar balik hutang dibuat Najib’ https://www.malaysiakini.com/news/492707).
30. Begitu juga dengan nisbah hutang kerajaan meningkat daripada 48.7% pada suku pertama 2018 (era BN) kepada 52.7% pada September 2019.
31. Prinsipal hutang 1MDB juga tidak berkurang.
32. Maka, apa rasional sebenar penjualan besar-besaran aset negara ini kerana prinsipal hutang 1MDB dan hutang negara langsung tidak berkurang sebaliknya bertambah?
33. Berdasarkan jumlah jualan aset negara kepada tiga negara iaitu Jepun, China, dan Singapura, terdapat dimensi ekonomi politik yang boleh digunapakai.
34. Tulisan sarjana Michael Mastanduno dalam karya Foreign Policy terbitan Oxford University Press pada tahun 2016 dalam Bab ‘Economic Statecraft’ boleh memberi petunjuk.
35. Beliau memberi definisi ‘economic statecraft’ sebagai ‘the use of economic tools and relationships to achieve foreign policy objectives’ (halaman 222).
36. Terdapat dua jenis ‘economic statecraft’ ini: negatif (seperti ancaman atau sekatan ekonomi) dan positif (insentif atau ganjaran).
37. Apabila dihubungkan dengan objektif Pakatan yang cuba untuk merundingkan kembali kos projek ECRL dan mendapatkan Jho Low (dengan China), cuba untuk mendapatkan Bon Samurai (dengan Jepun), dan mendapatkan kembali dana 1MDB dan rundingan projek seperti HSR (dengan Singapura), maka penjualan aset negara besar-besaran kepada ketiga-tiga negara asing itu boleh dilihat sebagai ‘ganjaran’ demi mencapai objektif-objektif tersebut.
38. Bacalah amaran Tan Sri Khalid Ibrahim ini – bekas Menteri Besar Selangor yang juga tokoh korporat bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB), bekas CEO Kumpulan Guthrie Berhad, Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC):
“Tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara. Kita kalah dua benda, harta itu sudah tidak ada lagi, dan hutang pula kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi”.
39. Kerajaan Pakatan wajib menghentikan serta-merta dasar menjual aset-aset negara kepada kuasa asing secara besar-besaran. Ingatlah pepatah Melayu berikut:
‘Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti’
‘Ingat antara belum kena, hemat antara belum habis’
‘Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya’.
*Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
DENGAN perasaan yang berat sebenarnya, saya mesti merungkai dan menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang ...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment