NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terkini: Bala Tentera Turki Berarak Ke Syria



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah mengutuskan Nabi Isa anak Maryam a.s. maka baginda turun dekat menara berwarna putih disebelah timur Kota Damsyik (Syria) dengan memakai dua pakaian yang dicelup dan kedua tapak tangan baginda diletakkan atas sayap dua orang malaikat.” (Hadith riwayat Imam Muslim no 2937).

“Pada zaman turunnya Nabi Isa a.s., Allah akan membinasakan sekalian agama selain agama Islam dan baginda akan membunuh Dajjal dan tinggal dibumi selama empat puluh tahun. Kemudian dari itu maka baginda pun wafat dan baginda disembahyangkan oleh sekalian orang Islam” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

1. Beberapa jam lalu, tentera Turki telah berjaya memulakan satu langkah yang cukup penting dan amat getir untuk masa depan keamanan, imbangan kuasa, dan kestabilan geopolitik Asia Barat.

2. Tentera Turki akhirnya melancarkan serangan ke atas bekas proksi Amerika yang didominasi pengganas Kurdish, Syrian Democratic Forces (SDF) di Syria.

3. Serangan ini cukup penting sekali untuk jangka masa panjang kerana ia melibatkan potensi imbangan kuasa pada masa hadapan: majoriti wilayah Utara dan Timur Syria yang bersempadan dengan Turki hari ini telah jatuh ke tangan pemberontak Kurdish SDF.

4. Merujuk pada peta Institute for the Study of War (Conflict Monitor by HIS Markit), wilayah Tenggara Syria didominasi pemberontak Kurdish, meski pun rejim Bashar al-Assad masih dominan di wilayah Syria yang lain kecuali di Barat Laut.

5. Serangan Turki ke atas penguasaan SDF ini berkait rapat dengan sikap SDF yang sebelum ini memiliki rekod agresif dan ofensif terhadap Turki. Israel juga cukup kuat menyokong pemberontak Kurdish dan kewujudan negara Kurdish, kerana mudah untuk mereka memecah-belahkan rantau Asia Barat dan kuasa Islam di sana. Malah Erdogan sendiri sedar peranan perisikan Israel di sebalik pemberontak Kurdish sebelum ini terutama sekali di Iraq.

6. Turki berulang kali menyatakan bahawa SDF bukan sahaja proksi Amerika yang mampu menggugat kestabilan di sempadan Turki-Syria, bahkan juga didalangi YPG dan memiliki pertalian dengan Parti PKK Kurdish yang sering melancarkan serangan berdarah di Turki.

7. Serangan ini juga menyusul selepas sekian lama Turki bersabar dengan penipuan Amerika dan proksi Kurdishnya di Syria itu.

8. Selama ini Amerika cuba untuk memperdayakan Turki dengan cara membentuk pasukan rondaan gabungan Amerika-Turki di Utara Syria.

9. Sebenarnya cadangan Amerika itu hanyalah helah Washington untuk memberi masa dan ruang kepada proksi Kurdish mereka, SDF untuk mengukuhkan penguasaan di sempadan Turki-Syria.

10. Rancangan Turki untuk mewujudkan zon keselamatan sejauh 30km telah diumumkan Erdogan di Perhimpunan Agung PBB pada September lalu.

11. Turki merancang 30-50km kawasan keselamatan dari sempadan Turki-Syria kerana ia mampu menjadi ruang dan peluang bagi menangani krisis 3 juta pelarian Syria.

12. Rancangan Turki ini cukup penting bagi penempatan semula pelarian perang Syria yang selama ini menjadi mangsa peperangan.

13. Amerika sama seperti mana kuasa imperial dalam sejarah peradaban manusia yang lalu, cuba untuk melakukan pengubahan demografi dengan menyokong pemberontak Kurdish di Syria, sedang dalam masa yang sama menghalang rancangan Erdogan untuk menempatkan kembali 3 juta pelarian Syria di sana.

14. Akhirnya, selepas menerima tekanan Erdogan dalam satu perbualan telefon, pada 6 Oktober Presiden Trump terpaksa undurkan tentera Amerika akibat amaran keras kemaraan tentera Turki oleh Erdogan.

15. Keputusan Trump ini berkait rapat dengan pegangan beliau yang cukup mengambil berat risiko yang bakal ditanggung Amerika seandainya berlaku pertembungan langsung besar-besaran dengan Turki, persis seorang peniaga mengira untung ruginya.

16. Walau bagaimanapun, Trump tetap memberi amaran terakhir kepada Erdogan supaya tidak melakukan pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Kurdish, jika tidak Amerika akan ‘menghapuskan’ ekonomi Turki.

17. Turki membuat kenyataan balas bahawa mereka menyasarkan pengganas Kurdish, bukannya keseluruhan orang berketurunan Kurdish yang rata-rata juga beragama Islam.

18. Maka pada 9 Oktober Operation Peace Spring bermula, Turki mula menyerang kubu SDF di Syria yang turut disertai operasi gabungan Turki dengan Tentera Kebangsaan Syria yang merupakan pasukan pembangkang rejim al-Assad (pro-Turki).

19. Semoga Operasi Peace Spring Turki ini berjaya dan 3 juta pelarian Syria boleh ditempatkan di sempadan Turki-Syria ini. Ia bukan sahaja akan menamatkan dominasi pengganas Kurdish SDF-YPG di Utara dan Tmur Syria yang mengancam keselamatan Turki, bahkan juga menyumbang kepada pemulihan kembali dominasi demografi Arab Syria di sana.

*Abdul Muein Abadi ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo