NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak: Exco rogol pembantu rumah, DAP serah kepada polis


IPOH 9 Julai - DAP Perak menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri dari parti itu yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, tuduhan itu amat berat dan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

"Laporan polis telah pun dibuat semalam (oleh pembantu rumah tersebut) dan bagi pihak parti, tiada sesiapa yang akan terlepas daripada undang-undang.

"Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kes tersebut," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, parti akan mengambil tindakan ke atas ahlinya itu sekiranya dakwaan tersebut benar.

"Tindakan yang sewajarnya akan diambil (terhadap individu itu) bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa," katanya.

Semalam, seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumah kepada individu terlibat membuat laporan polis kerana mendakwa dirogol lelaki tersebut.

Exco kerajaan negeri Perak dijangka menghadiri istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan exco Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis ini.

Istiadat itu merupakan majlis memperbaharui ikrar sebagai exco yang dibuat secara tahunan.

Lima daripada 10 anggota exco di Perak terdiri daripada Adun DAP iaitu Wong Mei Ing, A. Sivanesan, Paul Yong, Howard Lee dan Dr. Abdul Aziz Bari. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo