NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Kerajaan terima empat tawaran ambil alih MAS

PUTRAJAYA - Kerajaan sudah menerima empat tawaran daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat berkenaan tawaran pengambilalihan itu, dan kerajaan perlu meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan.

"Banyak orang buat tawaran, ada yang beli, ada yang nak uruskan sahaja.. kita sedang mengkaji cadangan-cadangan ini.

"Kami perlu mengkajinya dengan teliti, sebab kita dah tukar banyak kali… tak jadi…oleh itu kita perlu cara seseorang yang ada pengalaman," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan TVET 2019, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan beliau bersama Pengasas Bersama Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Pahamin Ab Rajab, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata, banyak syarikat tempatan yang telah menghantar cadangan untuk mengambil alih syarikat penerbangan itu.

Mereka merasakan mampu memulihkan syarikat penerbangan itu dan sebelum ini pun banyak orang yang telah dilantik tetapi tiada perubahan, katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pahamin telah menyatakan hasrat untuk 'menyelamatkan Malaysia Airlines dengan cadangan pengambilalihan beliau telah dikemukakan kepada Dr Mahathir.

Dalam pertemuan itu, Pahamin dan rakan usahawannya yang lain dilaporkan meletakkan sasaran tempoh 18 bulan untuk membantu kerajaan memulihkan Malaysia Airlines, selain menjanjikan tiada pembuangan pekerja.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo