NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Panduan Pergerakan Dan Keselamatan Peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam(#H405)


Peserta yang akan berhimpun dinasihatkan supaya mengikuti panduan pergerakan seperti berikut :

SEBELUM HIMPUNAN

1. Mematuhi arahan semasa daripada pimpinan masing-masing.

2. Memastikan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan, dibawa bersama.

3. Peserta digalakkan melakukan solat hajat memohon kelancaran himpunan.

SEMASA HIMPUNAN

1. Semua peserta dinasihatkan datang awal untuk Solat Zohor di MASJID JAMEK KL.

2. Selepas solat, peserta dikehendaki bergerak secara beransur-ansur ke SOGO.

3. Menyimpan nombor telefon ketua kumpulan dan pemandu bas dan mengambil gambar bas bersama plat pendaftaran (jika datang dengan rombongan) dan bergerak dalam kumpulan yang dikenali ke "checkpoint" semasa pergi dan balik.

4. Membawa bersama beg kecil yang berisi tuala kecil, baju hujan atau payung, bekalan makanan (seperti roti / kurma / snek bijirin / biskut) sebagai persediaan.

5. Tidak membawa sebarang senjata berbahaya / barang tajam yang mencurigakan.

6. Tidak melakukan provokasi atau melayan sebarang provokasi.

7. Melaporkan kepada pihak keselamatan himpunan jika melihat sebarang provokasi.

8. Sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur himpunan dan tidak bertindak mengikut emosi.

9. Sekali lagi, ditegaskan, ini adalah himpunan aman, sebarang individu / kumpulan yang tidak mematuhi arahan, akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang oleh pihak yang berkenaan.

10. Peserta dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri, keluarga dan barang masing-masing sepanjang himpunan berlangsung.

11. Jika peserta mengalami sebarang masalah kesihatan semasa himpunan atau melihat individu berhampiran anda mengalami simptom masalah kesihatan, rujuk segera kepada pasukan medik himpunan yang berhampiran dengan anda.

SELEPAS HIMPUNAN

1. Kutip sampah sendiri dan yang berada berhampiran anda dan buang di tong sampah.

2. Bersurai mengikut arahan penganjur himpunan dalam keadaan aman.

Penganjur mengucapkan "Selamat Berhimpun" dan diharapkan himpunan ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan ia dianjurkan.

Dikeluarkan oleh :

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah
Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo