NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan beri bonus RM500


KERAJAAN Kelantan mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri berjumlah RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, bonus berjumlah RM3.3 juta itu akan diberikan kepada lebih 6,000 penjawat awamnya sebelum sambutan Aidilfitri.

“Kita bayar sebagaimana negeri lain, cuma pada tahun ini sama seperti tahun lalu iaitu RM500 yang membabitkan peruntukan RM3.3 juta.

“Pembayaran bonus akan dibuat sebelum raya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri menawarkan diskaun 70 peratus untuk pembayaran denda kepada individu yang mempunyai tunggakan cukai tanah.

“Sempena Ramadan ini kita beri peluang kepada mereka untuk menjelaskan denda itu dengan potongan sehingga Disember nanti.

“Tahun lalu, kita sudah buat perkara sama namun hanya sebulan. Jadi tahun ini kita beri selama enam bulan untuk mereka menjelaskan denda itu,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo