NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Islam, MAPPIM sokong Maszlee



KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) menyokong pendirian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan isu kuota matrikulasi.

Ketua Eksekutif MAPPIM, Mohd Zai Mustafa berkata keputusan tegas Maszlee dibuat menepati prinsip peruntukan Perlembagaan Negara yang memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan demi menjamin keseimbangan pendidikan antara kaum.

"Ketegasan Maszlee memperlihatkan dengan jelas bahawa berapa pemimpin DAP dalam kerajaan PH dan beberapa parti yang sealiran dengannya seperti Gerakan dan MCA telah turut serta menyerangnya secara kasar dan ganas sehingga sanggup untuk memaksa Perdana Menteri menyingkirkannya.

"Ini menunjukkan dengan jelas kepada rakyat bahawa mereka telah mempolitikkan isu pendidikan untuk meraih kepentingan politik sempit mereka bagi mengekalkan sokongan sesuatu kaum sahaja dan bukan bertujuan untuk membangunkan negara bangsa," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah Mohd Zai, isu pendidikan mesti dilihat secara holistik untuk mengangkat martabat semua kaum secara adil dengan mengambil kira mengekalkan keutuhan perpaduan kaum di negara ini.

"Apakah lagi yang mereka mahu dalam negara ini, sesudah ekonomi dan politik telah jelas dikuasai oleh orang Cina yang menyokong DAP, maka hak pendidikan pula nak diasak dan dirobek-robekkan?

"Semoga Dr Maszlee dan Perdana Menteri terus istiqamah mempertahankan hak pendidikan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Mohd Zai yang juga Sekretariat Gerakan Pembela UMMAH mengulas demikian mengenai isu tuntutan beberapa pemimpin MCA, Gerakan dan DAP yang menuntut Maszlee memohon maaf atas kenyataannya berhubung kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan.

Pada 16 Mei lalu, Maszlee berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, juga perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo