NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Melaka menerima Mantan Adun Kuala Linggi sertai PAS




Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta istiqamah Pas dalam perjuangan Islam telah mendorong Datuk Abdul Rahman Palit, mantan Adun Kuala Linggi memohon menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Beliau pernah menyandang Senator Dewan Negara 2002, Adun Kuala Linggi 2004, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid 2000-2008, Ketua Cawangan UMNO Kuala Sungai Baru 1989-2018 dan Pengerusi Masjid Kuala Sungai Baru 1991-2018.

Penyerahan borang permohonan berlangsung di kediaman beliau diterima oleh Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka, Sdr Asri Shaik Abdul Aziz. Turut hadir Ydp Pas Kawasan Masjid Tanah, Us Imran Abdul Rahman, Setiausaha Kawasan Masjid Tanah, Sdr Jamarudin Ahmad. 

Ucapan terima kasih kepada Ketua dan Ajk Cawangan Kg Pantai dalam usaha mendaftar ahli baru sempena Kempen PAS Pilihanku2.0

Islam Memimpin

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo