NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nga Kor Ming Enggan Mohon Maaf Isu Taliban.



"Kenyataan apa yang saya buat?", tanya Nga Kor Ming.
Ni Kena tanya Khalid Samad sebab dia yang beriya2 sokong Isu Taliban Nga Kor Ming. šŸ˜‰ 
.
PARLIMEN | Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "negara Taliban" sekiranya pakatan Umno-PAS berkuasa.

"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkatapihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".

Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.

"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.

Nga dilapor bercakap kepada pemberita awal bulan ini sebagai berkata sekiranya pakatan PAS dan Umno mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.

Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama Umno-PAS sebagai contoh.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".

Diminta mengulas tentang kenyataannya, Nga bertanya sama ada pemberita berada di tempat kejadian ketika membuat kenyataan itu.

"Kenyataan apa yang saya buat? Anda dengar apa saya cakap? Anda cuma petik orang lain kata, kan?" katanya.
.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo