NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin bantah pelantikan Rafizi, gesa Anwar teliti semula keputusan



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bersetuju dengan pelantikan jawatan utama yang dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggesa beliau untuk meneliti semula keputusan itu.

Azmin berkata, pelantikan yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip “fair and just representation” terhadap aspirasi ahli dan percaya ia tidak akan membantu parti terus maju ke hadapan.

“Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi Ramli, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan PKR pada Nov lepas, sebagai naib presiden parti.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dan 2 lagi naib presiden dilantik, iaitu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, adalah antara 19 individu yang diumumkan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Anwar berkata, pelantikan berkenaan melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita.

Tambah Azmin, jawatan seperti setiausaha agung parti merupakan jawatan penting yang harus dipikul seseorang yang profesional dan berwibawa yang memahami tugas pengurusan dan pentadbiran.

Azmin merujuk kepada pelantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung parti yang sebelum ini dilihat jelas berada dalam kem Rafizi, sewaktu pemilihan pada Nov lalu.

“Beliau perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan.

“Begitu juga pelantikan MPP yang seharusnya dibuat berdasarkan merit dan bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP,” katanya.

Azmin berkata, beliau sendiri sudah merujuk perkara berkenaan kepada Anwar yang sudah sedia maklum dengan pendiriannya dan menggesa presiden parti memberi perhatian serius demi menjamin masa depan parti yang kukuh dan inklusif.

“Sesungguhnya, idealisme reformasi dalam PKR menuntut kita bergerak dengan kekuatan organisasi yang mantap dan meraikan kerencaman pandangan serta inklusif dalam menggarap seluruh kekuatan sumbangan anggota PKR.

“Pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan sebenar,” katanya.

TH Mula Pindahkan Ekuiti Kepada SPV



(Malaysia Gazette) – Lembaga Tabung Haji (TH) mula memindahkan aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulanya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Awal bulan ini, dana jemaah haji itu memberi kenyataan bahawa ia telah mengenal pasti aset tidak berprestasi baik bernilai RM19.9 bilion untuk dipindahkan ke SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan untuk menstabilkan kedudukan kewangannya.

Mengenai aset yang dikenal pasti itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, 80 peratus daripada nilai itu terdiri daripada ekuiti dengan kerugian yang belum direalisasikan melebihi 20 peratus, manakala baki 20 peratus lagi adalah dalam bentuk hartanah dan aset tanah dengan hasil di bawah 2.5 peratus.

Beliau berkata, TH bercadang untuk menyemak semula peruntukan asetnya bagi mengurangkan pendedahan terhadap ekuiti kepada 20 peratus.

Dilaporkan sebelum ini bahawa hampir 40 peratus aset TH merangkumi pelaburan dalam saham syarikat senaraian yang terdedah kepada turun naik pasaran kewangan.

TH menyasarkan untuk menyelesaikan langkah penstrukturan semula itu menjelang hujung bulan ini, yang mana dana jemaah haji itu akan memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti, kata Zukri dan menambah bahawa, TH setakat ini mempunyai RM57.1 bilion aset baik pada 11 Dis, 2018.

Berdasarkan lembaran imbangan distrukturkan, katanya, TH akan bersedia untuk bergerak maju bagi menjana keuntungan yang mampan dalam mengagihkan hibah (dividen) dan ia akan mematuhi sepenuhnya Akta Tabung Haji 1995.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2018/12/28/th-mula-pindahkan-ekuiti-kepada-spv/


Mat Hasan tak mampu halang wakil rakyat Umno lompat parti - Penganalisis

Umno dijangka tidak mampu menyekat wakil rakyatnya daripada terus melompat parti meskipun parti dominan orang Melayu itu kini dipimpin oleh Mohamad Hasan yang menjalankan tugas presiden Umno.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarulzaman Yusoff berkata Mohamad tidak akan mampu untuk menghalang wakil rakyat Umno itu daripada terus lompat parti.

"Mohamad pada padangan saya hanya mampu melambatkan tindakan wakil rakyat Umno untuk lompat parti.

"Ahmad Zahid sekadar dijadikan kambing hitam, hala tuju Umno tak jelas sekadar alasan digunakan untuk membolehkan mereka lompat parti," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 12 Dis lalu, seramai 14 wakil rakyat Umno dan pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. 

Mereka termasuklah lima anggota parlimen dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Antara alasan yang diberikan adalah kepimpinan Umno pusat tidak mempunyai arah politik yang jelas. 

Ia kemudian disusuli dengan enam lagi anggota parlimen Umno bertindak keluar parti yang diketuai Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin; Anggota Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz; Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Parlimen Tasik Gelugor, Shabudin Yahaya.

Keputusan itu juga menyaksikan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden parti kepada Mohamad Hasan.

Sementara itu, pandangan sama juga turut disuarakan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Ahmad Zahid bukan faktor utama wakil rakyat Umno keluar parti.

Sebaliknya, Sivamurugan menyifatkan wakil rakyat berkenaan sudah terlalu lama bertindak berada dalam kerajaan dan tidak biasa menjadi pemimpin pembangkang.

"Banyak faktor yang mendorong mereka berbuat demikian termasuklah faktor kewangan memandang Umno bukan lagi parti pemerintah.

"Bukan soal Ahmad Zahid, namun ia didorong oleh kedudukan Umno yang tidak lagi berkuasa," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/458155

Tabung Haji bukan Tabung Harapan


Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah  syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang  kita sekarang tahu telah  mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Pinjaman TH kepada SPV ini juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.

Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik. (Lihat lampiran)

Semalam, 227.31 juta saham dalam IJM telah dijual oleh TH kepada SPV di mana harga saham di Bursa semalam hanya RM1.63 berbanding harga RM3.05 pada akhir tahun 2017.

Satu lagi syarikat yang juga dijual ialah syarikat Malakoff. TH menjual 500 juta saham dalam syarikat ini kepada SPV semalam.

Bulan lepas, Malakoff baru mencatatkan keuntungan bersih untuk suku ke-3 telah naik 30% berbanding tahun lepas.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/501334/malakoff-catat-untung-bersih-lebih-tinggi

Kementerian Kewangan patut memberi senarai penuh aset-aset Tabung Haji yang akan dipindah dan memberi penjelasan yang telus bagaimana dan mengapa aset-aset ini telah dipilih untuk dijual kepada syarikat SPV mereka.

TH ialah Tabung Haji. Bukan Tabung Harapan.

Sabasun Model Perniagaan Melayu Muslim


Semasa menyertai misi ke Turki untuk membantu pelarian Syria baru ni, antara yang bersama dalam rombongan ialah seorang hartawan Islam yang hebat.

Beliau punya tiga cawangan hyper runcit yang menyaingi nama-nama besar seperti Giant, Mydin dan sebagainya.

Beliau ialah Tuan Che Salmi, atau lebih mesra dengan panggilan Abang Long.

Dan hyper runcit milik beliau, SABASUN, walaupun hanya ada di Terengganu, sangat dikenali oleh penduduk di sana.

Abang Long memulakan bisnes bersama dua orang beradik pada tahun 1995, tanpa ada pengalaman berniaga.

Mereka menceburi bisnes dengan membuka kedai dua pintu di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, sebelum ia berkembang menjadi hyper runcit pada tahun 2001, kemudian membuka cawangan kedua pada tahun 2010 di Gong Badak, dan cawangan Cheneh Kemaman pada tahun 2017.

Apa rahsia SABASUN boleh berjaya sebagai bisnes milik Melayu dan terus berkembang walaupun pernah dizalimi dan cuba dijatuhkan oleh monopoli bisnes lebih besar dan lama sejak tahun-tahun awal penubuhannya?

Rahsianya ada pada nama SABASUN sendiri, yang sebenarnya adalah singkatan perkataan SABAR dan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Bagi Abang Long, beliau menceritakan bahawa kejayaan beliau diasaskan dengan cara berjimat-cermat dan memberikan khidmat pelanggan yang terbaik.

Misalnya apabila ke SABASUN, beliau akan meletakkan kereta di tempat parkir yang jauh, supaya pelanggan dapat meletakkan kereta di kawasan yang dekat untuk memudahkan mereka.

Begitu juga jika ada barangan yang dibeli pelanggan pecah di luar pasaraya akibat kecuaian mereka, barang tersebut akan digantikan walaupun ia bukan tanggungjawab pasaraya.

Bagi saya, hasil berkenalan dengan Abang Long dalam tempoh singkat, dan melalui perkenalan pertama melalui whatsapp apabila beliau menyumbangkan ratusan ribu kepada Gaza, sebenarnya banyak rahsia lain boleh dicungkil :

1. Beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri, kali pertama berjumpa ‘face to face’ di lapangan terbang, saya bertanya kawan-kawan yang mana satu Abang Long, lalu mereka tunjukkan kepada saya lelaki berambut panjang, berkopiah lusuh dan berseluar kembang; beliau datang dan bersalaman dengan saya lalu bertanya, Nadir Gaza eh?

Begitu juga sepanjang misi, beliau tidak mendamba layanan istimewa atau hotel lima bintang selayaknya yang diduduki para jutawan, tetapi tinggal dan makan bersama kami marhaen biasa.

2. Beliau sangat menekankan keberkatan dalam bisnes. Dalam usaha panjang dan penuh rintangan membangunkan bisnes, beliau enggan mengguna-pakai khidmat ‘kaki politik’.

Tahun 2010, sebaik membeli tanah untuk membuka cawangan pasaraya di Gong Badak, tanah tersebut cuba diambil oleh orang politik untuk diberikan ruang kepada pasaraya lain yang lebih besar dan terkemuka. Beliau terus bertegas dan mempertahankan haknya sehinggalah pihak tersebut berundur.

3. Begitu juga harta dan kelebihan yang diberikan Allah melalui bisnes digunakan seluasnya untuk ummah. Dalam perbincangan meja bulat isu Greece yang kami adakan di pejabat NGO Cinta Gaza Malaysia beberapa minggu lepas, beliau menghantar wakil tiga orang anaknya mewakili SABASUN apabila beliau sendiri tidak dapat hadir.

Anak beliau menyebut sekilas ratusan ribu yang telah disumbangkan untuk misi ke Yaman, sehinggakan saya terkejut kerana mereka baru sahaja menyumbang ratusan ribu lain ke misi Syria, Palu dan lain-lain.

Saya menyebutkan kepada anak beliau, SABASUN ini sebenarnya 50% sahaja bisnes, sedangkan 50% lagi adalah CSR projek untuk ummah.

4. Kelebihan lain SABASUN ialah mereka memahami apa yang mereka lakukan untuk menguatkan umat Islam, bukan memberi dan menyumbang untuk ditempel nama dan logo mereka di mana-mana.

Buktinya, SABASUN ialah satu-satu pasaraya yang memboikot 90% barangan yang menyumbang kepada Zionis Israel sejak tahun 2002, selain menyebarkan risalah menggalakkan kempen boikot dan membuka tabung Gaza secara berterusan.

5. SABASUN juga bersifat lokal, dengan menggunakan teknologi global. Mereka kini mempunyai 260 orang pekerja dan kesemuanya adalah bumiputra, kerana polisi yang digunakan adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Mereka juga memasarkan sekitar 2000 produk daripada 200 orang pengeluar Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermula kuih-muih, makanan ringan dan bahan mentah untuk memasak.

Berbanggalah warga Terengganu kerana mempunyai khazanah yang begitu besar sumbangannya kepada penduduk tempatan, kepada ummah dan kepada agama.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi anak muda bangkit mencontohi semangat dan tauladan yang ditunjukkan oleh pihak SABASUN, agar ekonomi Islam dapat ditingkatkan dan menjadi sumber kekuatan baru untuk bangsa dan negara.

Sangat wajar SABASUN menjadi pilihan nombor satu penduduk Terengganu, selain pilihan pelancong juga menjadi mercu perniagaan yang penuh keberkatan.

Tahniah, SABAR dan SUNGGUH-SUNGGUH, dan teruslah maju jaya!

- Nadir Al-Nuri

Password paling tidak selamat tahun 2018



#infoBersama PILIHAN KATA LALUAN PALING TIDAK SELAMAT 2018. KATA LALUAN ANDA ADA DALAM SENARAI?

Firma keselamatan siber (CyberSecurity) mendedahkan beberapa kata laluan yang paling mudah digodam pada tahun ini, antaranya adalah nombor 123456.

Menurut penyelidikan mereka, berdasarkan 5 juta akaun yang telah digodam, sebanyak 10% telah menggunakan sekurang-kurangnya salah satu daripada 25 kata laluan yang paling buruk tahun lalu.

Berikut merupakan antara senarai kata laluan mudah digodam pada tahun 2018;

1. 123456
2. password
3. 123456789
4. 12345678
5. 12345
6. 111111
7. 1234567
8. sunshine
9. qwerty
10. iloveyou

Sila rujuk senarai 100 kata laluan paling tidak selamat bagi tahun 2018 di https://www.teamsid.com/100-worst-passwords/

Ayuh kongsikan tips #InfoBersama ini untuk kebaikan kita bersama.

Sumber :

https://www.google.com/amp/s/www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-6496125/amp/The-25-worst-passwords-2018-Cybersecurity-firm-reveals-offenders.html

https://www.google.com/amp/s/www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3004470/amp/Is-password-adgjmptw-Researcher-reveals-complex-log-details-easier-crack-thought.html

https://www.digitaltrends.com/computing/top-100-worst-passwords-2018/

https://www.theweek.co.uk/78388/the-ten-easiest-passwords-to-hack

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#infoBersama

Harga Minyak Dunia Jatuh Lagi


1. Harga minyak mentah dunia semakin jatuh pada 26.12.2018  paras harga US$49.93/bbl. Belanjawan 2019 perlu disemak semula kerana Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada AS$70 setong.

2. Rakyat pula mengharapkan harga minyak Malaysia juga diturunkan. Nanti akan ada Menteri berhujah, bila minyak jatuh pendapatan negara pun berkurang macamana nak turunkan harga minyak. Tapi masa harga minyak naik kenapa tidak gunakan keuntungan berganda itu untuk menurunkan harga minyak?

3. Apa penyelesaian bagi pendapatan negara apabila berlaku kejatuhan harga minyak yang diluar kawalan Malaysia seumpama ini? PAS sudah mencadangkan cukai bermodelkan zakat Islam namun ia tidak diendahkan oleh kerajaan.

4. Apa yang pasti, pendapatan negara yang BARAKAH mampu mencukupkan segala keperluan rakyat.

http://www.theedgemarkets.com/article/brent-crude-falls-below-us50bbl-1st-time-july-2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2309276862415664&id=569086473101387

PAS Youth to hold rally on New Year’s Eve (Updated)



PETALING JAYA: PAS’ Youth wing will hold a rally next Monday to highlight the ruling government’s unfulfilled pledges, which it said has led Malaysians to “suffer” after voting for Pakatan Harapan (PH).

Youth wing chief Muhammad Khalil Abdul Hadi, in a statement today, through Harakahdaily.net, stated that the demonstration would start simultaneously at 10pm outside the Sogo shopping mall in Kuala Lumpur and at other locations, which will be announced in the coming days.

Muhammad Khalil said the “Hit & Run Derita Rakyat” rally is also being held to allow the public to voice their grouses.

He said that PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang will not be present at the rally.

“It will only be the Pemuda (Youth) members,“ he said when contacted.


[PERSPEKTIF] Kita perlu lebih adil kepada Hadi Awang


Oleh:  Abdul Muein Abadi 

ULAMA terkenal itu hanya tersenyum. Beliau cuba untuk menenangkan keadaan yang sepatutnya dingin di kota London tetapi sebaliknya bertukar menjadi panas secara tiba-tiba. Entah bagaimana, sesi soal jawab yang kebiasaannya berlangsung dalam suasana yang profesional, rasional, tenang, dan matang telah bertukar menjadi medan untuk memaki dan mencerca. 

Hakikat yang lebih mengejutkan ialah sesi memaki dan mencerca tersebut hanya berlangsung secara sepihak. Lebih khusus lagi, ia dilakukan oleh hanya seorang lelaki kepada seorang ustaz yang juga terkenal sebagai seorang ulama yang bergiat dalam tiga lapangan: politik, dakwah, dan juga ilmu.

Apa yang terjadi sebenarnya? Mengapa begitu dahsyat sekali kata-kata kesat dilemparkan kepada ulama tersebut? Mengapa peristiwa dan isu tentang sosok ulama ini penting untuk kita renungkan menjelang penghujung tahun 2018 ini?

Kisah ini sebenarnya baru sahaja terjadi – seluruh warga netizen yang mengikuti perkembangan rentak politik tanah air pasti tahu tentangnya. Ia terjadi ketika sesi lawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke London baru-baru ini. 

Dalam sesi tersebut, Tuan Guru Haji Hadi sedang memberi jawapan kepada seorang hadirin mengenai pendirian Pas yang menolak cadangan sebahagian ahli politik Pakatan Harapan supaya pilihan raya diadakan di peringkat kerajaan tempatan.

Secara konvensionalnya, pertukaran pendapat dalam sesi sebegini akan berlangsung dalam semangat hormat-menghormati dan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’. Malangnya, hadirin tersebut telah dengan kasarnya menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai seorang yang ‘terperangkap di abad keenam’ kerana ‘berpegang dengan Al-Quran’. 

Beliau juga menuduh Tuan Guru Haji Hadi sebagai ‘rasis’ dan kemuncaknya menggunakan istilah yang tidak tergamak untuk ditulis di sini – hanya semata-mata kerana pendekatan ulama tersebut yang menyandarkan dasar dan keputusan beliau kepada Al-Quran (dan Hadis). 

Pada dasarnya, pendirian Tuan Guru Haji Hadi ini sebenarnya sama dengan pendirian Perdana Menteri Pakatan sendiri iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga menolak pilihan raya kerajaan tempatan diadakan atas asas ketidakseimbangan kaum dan etnik di majoriti kawasan bandar besar. 

Huraian Tuan Guru Haji Hadi tentang pendirian beliau itu juga relevan – meski pun tidak disukai sesetengah pihak khususnya lawan politik beliau dan juga mereka yang gagal membaca landskap semasa politik hubungan etnik Malaysia kontemporari. 

Dalam suasana politik tanah air yang sedang bergelora saat ini, apatah lagi susulan pelbagai isu bersifat ‘taboo’ yang cuba dirungkai satu-persatu – persis tindakan membuka ‘kotak pandora’ – langkah memulakan usaha mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah tindakan bijak.

Himpunan aman raksasa yang terbesar dalam sejarah negara – Himpunan Bantah ICERD – yang berlangsung 8 Disember 2018 lalu menjadi saksi bahawa kesabaran segmen Melayu Islam tidak boleh dipandang enteng. 

Amaran Tuan Guru Haji Hadi betapa langkah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum – persis tragedi 13 Mei 1969 – bukan retorik politik, sebaliknya ingatan yang benar-benar berasas. 

Kita tentu sekali tidak rela selepas 50 tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969, ruang untuk satu lagi kemungkinan yang sama dibuka pada 2019. 

Fakta juga menyokong pendirian Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr. Mahathir bahawa saiz komposisi bukan Melayu di kawasan bandar adalah cukup signifikan. Dalam situasi demografi sebegini, pertembungan politik antara kaum lebih mudah meletus di peringkat kerajaan tempatan berbanding di peringkat yang lebih makro seperti negeri dan seluruh negara (pusat) seandainya pilihan raya dijalankan.

Tragedi yang menimpa allahyarham Muhammad Adib ialah satu lagi bukti jelas betapa rapuhnya politik hubungan etnik di negara kita. 

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia kerana diserang semata-mata kerana beliau seorang berbangsa Melayu yang dikerumuni perusuh yang terbakar sentimen mereka susulan kenyataan tidak bertanggungjawab seorang menteri dan juga seorang EXCO.

Secara logiknya, jika Tuan Guru Haji Hadi ialah seorang yang mengejar kedudukan dan pangkat, beliau sepatutnya menyokong agar pilihan raya tempatan diadakan. 

Sekurang-kurangnya, parti Pas pimpinan beliau pasti lebih daripada mampu untuk memenangi majoriti kerusi di kawasan Melayu khususnya di Pantai Timur dan juga Utara tanah air. Namun kiblat beliau bukanlah kuasa dan kedudukan. 

Sebaliknya beliau jelas berpendirian bahawa cukuplah kita berpolitik di peringkat pusat dan negeri sahaja. Tidak perlu dilanjutkan ‘politicking’ ke peringkat kerajaan tempatan.

Anda tidak perlu menjadi ahli atau penyokong Pas untuk mempertahankan Presiden Pas dalam isu ini. Malah, tidak kira apa agama anda, tidak seharusnya kata-kata kesat yang dilemparkan dalam sesi soal-jawab di London ini dibiarkan apatah lagi diterima. 

Ramai yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Hadi secara rapat – sebaliknya mudah menghukum beliau tanpa membaca dan mengikuti dengan teliti keputusan yang diambil. 

Ya, ulama yang dituduh ‘rasis’ inilah yang telah membariskan paling ramai calon bukan Melayu-Islam sebagai calon Pas dalam beberapa siri pilihan raya.

Ulama Presiden Pas yang dibenci kerana dituduh ‘rasis’ inilah yang menghapuskan cukai ke atas pintu gerbang di Kampung Cina, Terengganu sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu (1999-2004). 

Ulama yang dituduh rasis inilah yang memperkasakan Dewan Penyokong Pas Cina dan India. 

Ulama yang dituduh ‘rasis’ ini juga mempunyai seorang menantu perempuan yang berketurunan Cina. 

Ulama ini juga tenang dan sabar ketika dicaci dan dimaki di London. Persepsi buruk sebaliknya lebih mudah dipalitkan kepada mereka yang bergelar ulama.

Bukan Presiden dan pimpinan Pas sahaja, sebaliknya ramai lagi alim ulama lain yang turut tidak dihargai masyarakat – malah adakalanya mereka dibenci – sama ada kerana perbezaan cara mereka dalam memberi penyampaian kepada kelompok audien yang berbeza atau pun kekurangan ketika berinteraksi dengan media. 

Ulama yang sejati tidak meminta-minta wang ringgit dan mengejar jawatan, sebaliknya mereka pula yang berhabis wang ringgit menyeru dan berusaha agar rakyat menuruti panduan wahyu dalam kehidupan bernegara. Namun itu tidaklah bermakna Ulama tidak menyertai medan politik. 

Seperti mana peringatan Imam Al-Ghazali, agama dan kekuasaan itu ialah kembar yang tidak boleh dipisahkan. Agama ialah asas, kekuasaan pula ialah pelindung. Segala hal yang tidak mempunyai asas akan runtuh, manakala segala perkara yang tidak memiliki pelindung akan hilang dan lemah.

Dalam kes Tuan Guru Haji Hadi, jika beliau adalah merupakan seorang yang mengejar pangkat, mengapa tidak beliau bertanding di DUN Rhu Rendang yang merupakan kubu kuat beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu (selain daripada Parlimen Marang)? 

Malah sebaliknya, beliau memberi laluan kepada seorang teknokrat yang bukan calang-calang, iaitu pakar Aeroangkasa Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk menjadi calon Pas di kerusi berkenaan dan seterusnya menjadi Menteri Besar Terengganu yang baharu apabila Pas menang besar di seluruh negeri Serambi Madinah tersebut. Beliau juga tidak menghantar pencalonan semula jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) 2018.

Menjelang tahun baharu 2019 ini, ayuhlah sama-sama kita renungkan satu kebiasaan yang tidak seharusnya kita ulangi lagi – iaitu kebiasaan memberi penghargaan kepada seseorang yang layak menerimanya hanya selepas insan tersebut pergi meninggalkan kita. 

Benar, ulama bukan maksum, Tuan Guru Haji Hadi juga bukanlah Nabi, namun kita wajib berlaku adil dalam menanggapi segala pertimbangan dan dasar yang beliau usulkan. Hargailah dan sayangilah Ulama selagi mereka masih ada.


* Abdul Muein Abadi adalah Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memperoleh kelulusan Research Master dari Utrecht University, Belanda pada 2014, kini beliau sedang meneruskan pengajiannya di Belanda menerusi Ijazah Doktor Falsafah di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University.

Kenyataan Peguam Muslim: Keputusan Peguam Negara untuk mengadakan inquest bagi menyiasat sebab kematian Mohd Adib



Kenyataan Akhbar
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Keputusan Peguam Negara untuk mengadakan inquest bagi menyiasat sebab kematian Mohd Adib

Bertarikh pada 27 Disember 2018
------------------------------------------

Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inquest bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya.

2. Inquest adalah suatu prosedur di bawah Bahagian XXXII Kanun Acara Jenayah yang mana majistret boleh diarahkan oleh Peguam Negara menurut seksyen 339(1) Kanun yang sama untuk membuat siasatan (inkues) bagi menentukan sebab sesuatu kematian.

3. Menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan Peguam Negara adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

4. Walaupun keputusan mengadakan inquest ini memang berada di dalam kuasa Peguam Negara (sebagai Pendakwaraya) seperti termaktub di dalam seksyen 339(1) Kanun Acara Jenayah tetapi keputusan Peguam Negara ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana ia seolah-olah memberi gambaran Peguam Negara masih keliru sebab kematian Mohd Adib sedangkan sebab kematiannya telah jelas berdasarkan laporan perubatan dan bedah siasat (post mortem) yang dilakukan ke atas jenazah Mohd Adib. Malah Polis Diraja Malaysia juga telah membuka kertas siasatan dan mengklasifikasi kes tersebut sebagai kes bunuh.

5. Proses inquest mengambil masa di mana majistrest secara inquisitorial mempunyai kuasa yang luas meneliti sebab kematian Mohd Adib termasuk memanggil semua pihak yang terlibat yang dijangkakan menjangkau puluhan orang. Oleh kerana proses ini mungkin mengambil masa ia menimbulkan kebimbangan terhadap empat orang yang sedang disiasat oleh pihak PDRM.

6.Walaupun PDRM telah mengklasifikasi semula kes ini di bawah seskyen 302 (membunuh) Kanun Keseksaan setelah kematian Mohd Adib tiada tindakan segera diambil oleh PDRM atau Peguam Negara untuk menangkap atau menuduh dibawah seksyen 302 tersebut.

7. Apa yang lebih menggusarkan ialah keempat-empat yang disiasat tersebut telah dilepaskan atas jaminan polis (jamin mulut) bukan jaminan daripada mahkamah yang mana perlu disediakan penjamin dan sejumlah wang ditetapkan mahkamah. Oleh itu orang yang disiasat bebas ke mana sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan.

8. Sekiranya pihak PDRM atau Peguam Negara berpandangan pihak yang sedang disiasat itu tiada kaitan dengan kesalahan yang disiasat kenapa pula mereka dilepaskan dengan jaminan polis, seharusnya mereka dilepaskan sepenuhnya.

9. PPMM berpandangan bahawa mengadakan inquest bagi kes ini adalah tidak perlu dan hanya akan melengah-lengahkan keadilan kepada keluarga mangsa sahaja dan menyeru PDRM segera menyempurnakan kertas siasatan dan Peguam Negara membuat keputusan cepat mendakwa pihak yang terbabit. Bukan semua kes yang disiasat dibawah seskyen 302 Kanun Keseksaan memerlukan keputusan inquest terlebih dahulu sebelum pendakwaan dapat dilakukan.

10.Oleh kerana PDRM telah mengklasifikasi semula kes ini di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah amat wajar PDRM menangkap semula dan mendapatkan tahanan reman kepada mereka yang sedang disiasat tersebut bagi mengelakkan proses undang-undang digagalkan melainkan PDRM berpendapat mereka tidak melakukan kesalahan tersebut dan memberikan justifikasi agar ia menjadi telus. Meskipun begitu PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan dimana keberadaan orang yang disiasat dan status siasatan tersebut.

11. Oleh yang demikian PPMM mendesak Peguam Negara memberikan penjelasan terperinci kenapa tiada pendakwaan dilakukan dibawah seksyen 302 setakat ini dan kenapa pula inquest dijalankan kerana orang awam tidak mempunyai akses kepada siasatan. Masyarakat perlu tahu samada siasatan masih belum lengkap atau terdapat elemen lain yang boleh menjadikan pendakwaan gagal.

12. PPMM juga berasa sangat pelik apabila ada pihak yang meminta perlindungan dengan SUHAKAM untuk masuk campur di dalam siasatan polis dan meminta siasatan bebas dilakukan. Adakah ini bermakna pihak polis sudah tidak menjalankan siasatan dengan bebas sehingga perlu diadakan siasatan lain? Hal ini selari dengan kenyataan seorang menteri yang menyalahkan pihak polis dalam insiden ini suatu ketika dahulu.

13. Selain daripada pelaksanaan undang-undang jenayah ini, keluarga Mohd Adib juga boleh mencari alternatif lain mengambil tindakan terhadap pelbagai pihak yang berkaitan melalui undang-undang tort di mahkamah sivil bagi mendapatkan keadilan kepada mereka.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Santuni ahli Umno dengan akhlak dan ilmu.


Oleh: Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
27/12/18

Pertarungan PAS dan Umno begitu lama sejak daripada tahun 1951

Kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini mempunyai sejarah hitam yang lama.

Saya secara peribadi juga mempunyai sejarah pertarungan yang lama sejak kecil lagi.

Keputusan PRU 14 memberi makna kepada kedua-dua pemimpin untuk muhasabah kembali.

Inilah masanya untuk salam ukhwah dihulurkan bagi mencari titik persamaan.

Memang sukar, tetapi itulah pengorbanan perasaan dan emosi yang terpaksa dilakukan.

Jika pihak PH boleh bersatu untuk mencapai agenda mereka. Pergaduhan mereka lebih parah sebelum ini. Sehingga kita tidak sanggup untuk dengar. Kenapa kita tidak boleh?.

Walau pun selepas mereka menang, kita dapat lihat dan rasai sekarang.

Apa yang kita lakukan bukan untuk masa depan kita, tetapi ialah untuk agama, anak cucu dan negara yang tercinta.

Tidak ada makna kita bergaduh, seperti pepatah menyebut alu dan lesung berlaga, yang kenyangnya ayam.

Lebih mudah untuk mempertemukan dua parti terbesar ini kerana satu agama, satu bangsa, satu qariah masjid, satu kampung, satu lahjah bahasa, satu menu makan (budu, sambal belacan, cincaluk)

Ahli PAS mesti santuni dengan akhlak dan ilmu. Inilah daya penarik yang berkesan.

Yakinlah bahawa untuk mengangkat martabat bangsa dan negara mesti berteraskan Islam. Tidak boleh dengan semangat bangsa atau kebendaan semata-mata.

Tidak ada jalan yang selamat untuk selamatkan negara dan bangsa melainkan dengan Islam.

Islam selamat, Melayu selamat dan bangsa lain juga akan selamat.

Memang ada pihak yang cemburu dengan kemesraan ahli PAS dengan ahli Umno.

Mereka juga ada hati untuk memujuk pemimpin dan ahli Umno, walau pun sebelum ini bermacam gelaran yang diberikan.

Menggunakan media sosial dan portal upahan untuk memastikan ahli PAS dan Umno tidak boleh bekerjasama.

Cyber Trooper yang menyamar ahli PAS dan nama Islam berkeliaran untuk adu domba supaya merenggangkan hubungan antara kedua parti.

Cuba ungkit sejarah lama supaya permusuhan disubur semula.

Nampaknya majoriti ahli Umno yang ikhlas tidak berminat bersama PH walau pun banyak pujuk rayu dan umpan hendak diberikan.

Kata-kata Saidina Umar al Khattab menjadi renungan kepada kita bersama bermaksud “Kembali kepada kebenaran, lebih baik daripada kekal atas kebatilan”.

T'Mart Tidak Asing Di Ibu Kota Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Premis perniagaan T'Mart DC milik Kerajaan Negeri Terengganu sudah tidak asing di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak beroperasi pada tahun 2016.

Pegawai Pemasaran T'Mart DC, Johari berkata, premis tersebut yang bertempat di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur diselia oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri.

"T'Mart sudah beroperasi bermula 1 Mei 2016 menerusi dua segmen.

"Segmen pertama adalah pasar mini harga patut dan yang kedua adalah pusat pemasaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari Terengganu.

"Kami menawarkan barangan harga patut dan rendah setiap masa.

"Banyak produk asli dari Terengganu yang boleh didapati di sini termasuk Nasi Dagang T-Kitchen, satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor, ketupat palas dan sebagainya.


"Kebanyakan produk yang dijual merupakan produk sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran dan keaslian serta selamat untuk dimakan," ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu tinjauan ke premis berkenaan di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (6 Oktober).

Dalam pada itu, menurut Johari, sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat memberangsangkan. Pada 29 Disember 2018, Mini T'mart Cafe telah dibuka di MyHarakahBazaar , Jalan Pahang Kuala Lumpur

"Bukan sahaja orang Terengganu yang merantau datang ke sini, bahkan orang tempatan juga sukakan makanan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart ini," katanya.


Tambahnya, produk yang diambil kebanyakannya dari usahawan Kemaman dan Dungun dan pihak pengurusan Cakna bertanggungjawab menguruskan penghantaran langsung ke Kampung Baru.


Selain itu, pemasaran yang dilakukan adalah menerusi 'online marketing'.


"Anak Terengganu yang tahu tentang premis ini selalunya akan datang.


"Kami juga pasarkan produk melalui 'facebook' dan 'instagram' T'Mart DC," jelasnya.


Justeru, katanya, beliau sangat berterima kasih dengan kerajaan negeri yang menyokong usahawan Terengganu dalam memasarkan produk-produk ke luar Negeri Terengganu.


Bidas Perancis tolak penggunaan minyak sawit.Lepas bidas apa kesannya?


Teresa Kok bidas Perancis tolak penggunaan minyak sawit-AstroAwani

Lepas bidas apa kesannya?
Perancis guna tak minyak sawit? Tak jadi boikot?

1. Kesatuan Eropah EU pada April 2017 telah membahaskan tentang resolusi larangan pengunaan bahan api biodiesel mengelak penebangan hutan secara berleluasa terutama penanaman kelapa sawit di Asia Tenggara.

2. Ia diperuntukan dibawah undang-undang di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED) oleh Parlimen Kesatuan Eropah (EU) jika diluluskan akan berkuatkuasa pada 2021.

3. Anda masih ingat rakyat Malaysia maki Najib Razak sebab buat deal dgn Trump? Antaranya dealnya pembelian Boeing dan pelaburan di US. Kononnya Najib nak jual negara. Kononnya Malaysia nak bantu kukuhkan ekonomi US yang bantu Israel bantai Palestin. Ingat? Masakan anda sudah lupa..Oh.. Melayu mudah lupa?

4. Jika kita cuba memahami situasi yang tersirat, ini adalah Perang Psikologi yang menunjukkan 
'Aku ada duit, kau boikot sawit aku, aku boikot kau punya barangan (Perancis-Airbus)'. Itu contoh. Supaya anda mudah faham. Jangan pula nanti ada yang minta saya bagi bukti Malaysia/Najib kata macam tu.. Contoh tau contoh..

5. Asasnya, Malaysia ketika itu dalam fasa 'bersedia' untuk Boikot barangan EU, sebagai tindak balas kepada kempen boikot produk sawit. Namun, perlu diingat, Malaysia tetap mengUTAMAkan rundingan diplomatik bagi mengatasi isu ini. Ya.. Rundingan tetap berjalan, namun adik kasi gertak sikit-sikit.

6. Apa hasilnya?
6 negara EU-PERANCIS, Sepanyol, United Kingdom (UK), Itali, Belanda dan Sweden memberi komitmen kepada Malaysia untuk tidak menyokong cadangan menyekat penggunaan minyak bio berasaskan minyak sawit bawah RED.

7. Pada masa yang sama, China dan sekutunya, dalam proses merealisasikan Projek Mega Trillion-OBOR sebagai laluan perdagangan baru(darat), bagi menggantikan Laluan Sutera Purba.
Bahagian OBOR yang berkait dengan Malaysia adalah ECRL. 

8. Apa deal China-Malaysia berkait ECRL? China memberikan pinjaman kewangan(RM55B) kepada Malaysia dan Malaysia akan membayar hutang ini selama 20 tahun, dengan diberi tempoh 7 tahun untuk memulakan pembayaran, bersama pembelian minyak sawit oleh China yang dinilaikan dengan harga pasaran Hadapan. Mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan, ECRL dibayar dengan minyak sawit?

9. Jadi, dengan perjanjian ini, Industri Sawit Malaysia berada dalam keadaan 'Secure' kerana China adalah antara pengimport sawit terbesar selain India dan EU. China adalah 'abang besar' dalam hubungan 'Fair Trade' dengan Malaysia.
Negara semakin maju, ekonomi semakin kukuh, peneroka senyum lebar.

10.  PRU14 menyaksikan perubahan yang menjadi sejarah dalam politik Malaysia. Kali pertama, BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka, tewas. Maka, berlakulah perubahan yang drastik dalam dasar-dasar kerajaan.

11. Kerajaan baru dengan bangganya telah 'menyelamatkan' Malaysia, dengan membatalkan projek ECRL dengan China. Rakyat bersorak kegirangan, kerana negara tidak lagi dijual kepada China.

12. Tapi rakyat terlepas pandang, dengan 'menyelamatkan' Malaysia dari China, bermakna, penjanjian dagang berkait ECRL juga terbatal. Automatik, Industri Sawit juga 'terselamat'. Harga sawit merudum dan terus merudum. China mula mengambil produk Sawit dari jiran kita-Indonesia yang lebih murah, dan banyak.  Sekaligus, poket peneroka pun 'selamat'. Tambah 'menyelamatkan' lagi, tiada lagi bantuan untuk peneroka, malah, janji mansuh hutang peneroka pun turut 'selamat'

13. Malaysia terkapai-kapai mencari pasaran baru minyak sawit. Pada masa yang sama kerajaan mewar-warkan konon keadaan ekonomi negara yang tenat akibat jumlah hutang 1Trillion dimata dunia. Pernah satu ketika, PM baru mengkritik dan mengambarkan betapa tenatnya hutang 1Trillion, disebuah negara maju yang hutangnya 35Trillion.

14. Ini sekaligus memberi gambaran, Malaysia adalah negara yang tiada apa-apa untuk digeruni. Sudahlah miskin,  'abang besar' (China & US) pun dah tak 'backup'. Jadi, apa kita peduli dengan Malaysia? "Kita kasi lanyak cukup-cukup!!" Kata geng kongsi gelap dunia- EU.

15. Disebalik rakyat Malaysia dihiburkan dengan ke'U-TURN'an Menteri-menteri kerajaan, rakyat Malaysia lupa, EU juga pandai buat U-Turn. Perancis yang pada awalnya memberikan komitmen tidak menyokong boikot, mengetuai keputusan U-Turn anggota EU, dengan memboikot minyak sawit-Malaysia.

16. Menteri yang bergaji puluhan ribu pula hanya mampu membidas(lastik dlm bahasa Kelantan), sedangkan  Hiroshima & Nagasaki sudah lama berjaya memulihkan diri setelah diletupkan dengan nuklear 76 tahun yang lalu.

17. Ini akibatnya kufur nikmat. Pilih-pilih tebu, dapatnya tebrau.
Salah pangkah, dapatlah taik. Dah tanam lalang, tak payahlah nak bermimpi nak tuai padi. Anda pilih, anda tanggung.

Boleh?

P/s: Tak perlu tanya penyokong PH apa komen mereka tentang isu ini, kerana jawapan mereka mmg sudah dijangkakan-1MDB, Najib, Perompak dan seangkatannya.

Korban Tsunami Sunda Meningkat Kepada 222 Orang


Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 222 orang, hari ini, selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.

Jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.

Menurut Reuters, ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tingi. Menjelang 1040 GMT, agensi itu meningkatkan jumlah kematian kepada 222 orang daripada 168 sebelumnya dengan 843 cedera serta 28 hilang.

Menurut media, penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda. 






















Hamas tolak keputusan mahkamah bubar Parlimen



GAZA, 18 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) hari ini menolak keputusan Mahkamah Perlembagaan yang membubarkan Majlis Perundangan Palestin (PLC) serta merta, sambil menegaskan bahawa Parlimen akan kekal sehingga orang baharu dipilih.

PLC yang dianggotai 132 anggota Parlimen itu tidak lagi berfungsi berikutan perpecahan antara Hamas dan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) pada 2007, selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 2006.

Pada mesyuarat diadakan di Ibu Pejabat PLC di Gaza, anggota majlis kepemimpinan Hamas, Ahmed Bahr menyifatkan keputusan mahkamah untuk membubarkan PLC sebagai cubaan menafikan hak majoriti iaitu Hamas dan merampas keputusan rakyat Palestin.

"Mahkamah Perlembagaan tidak mempunyai hak perundangan," katanya sambil menegaskan akan mendesak diadakan pilihan raya presiden dan Parlimen, serentak dengan pemilihan Majlis Kebangsaan Palestin – badan yang menyediakan polisi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas cuba mengawal semua institusi.

"Dia tidak mahu ada sesiapa pun yang mencabar keputusannya," kata Bahr.

Sabtu lalu, Abbas berikrar akan melaksanakan keputusan mahkamah membubarkan PLC dan mengadakan pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan.

Pada hari sama, Hamas menuduh Abbas cuba meletakkan agenda peribadi dengan memecahkan sistem politik Palestin, menamatkan pluralisme politik dan memusnahkan institusi perundangan negara. – Agensi

Luar Biasa Erdogan Menutup Tirai 2018



Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Tahukah anda, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pernah dipenjarakan 20 tahun lalu hanya kerana membaca puisi berikut:

“Masjid-masjid ialah berek tentera kita
Kubah-kubah masjid ialah topi keledar kita
Menara-menara masjid ialah bayonet kita
Orang-orang yang beriman pula ialah tentera kita”

2. Siapa sangka, 20 tahun kemudian beliau telah diizinkan Allah untuk bukan sahaja mengalahkan pakatan ‘ultra-sekular’ yang menguasai politik Turki sejak sekian lama, bahkan lebih gemilang lagi berjaya menyatukan aset ketenteraan berskala besar dari Timur (Rusia) dan Barat (Amerika) di tangan Turki. Tentulah bukan mudah bagi beliau untuk mencapai kedudukan hari ini.


3. Beliau bukan lelaki sempurna. Pelbagai percaturan politik dalaman Turki dan juga politik dengan kuasa besar terpaksa dilakukan Erdogan – hingga ke tahap di mana pelbagai pengorbanan yang besar terpaksa diambil. Pengorbanan ini termasuklah hingga ke tahap memutuskan hubungan dengan rakan dan sekutu rapat serta bekerjasama dengan beberapa bekas musuh tradisi.


4. Malah dalam keadaan yang tertentu, nyawa dan darah menjadi taruhan Erdogan seperti mana dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi, cubaan rampasan kuasa 2016, serta keputusan menembak jatuh pesawat pejuang Rusia.


5. Menjelang penutup tirai tahun 2018, Erdogan berjaya ‘menjinakkan’ satu kuasa besar yang memiliki perbelanjaan ketenteraan sebesar USD700 bilion setahun yang sejak sekian lama berlagak seolah-olah ‘polis dunia’: terutama sekali di Timur Tengah. Untuk perbandingan, perbelanjaan ketenteraan Turki hanya sekitar USD10 ke 15 bilion setahun.


6. Hanya dalam sekelip mata, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara tiba-tiba membuat satu demi satu pengumuman yang mengejutkan. Sepuluh hari sebelum tahun 2018 berakhir, Trump mengumumkan bahawa Amerika akan mengundurkan tenteranya dari Syria – sejurus beliau berbual dalam telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.


7. Tidak lama kemudian, Jabatan Negara Amerika mengesahkan bahawa kerajaan AS telah bersetuju untuk menjual pakej peluru berpandu Patriot kepada Turki – secara tepatnya, 80 peluru berpandu Patriot beserta dengan 60 PAC-3 ‘missile interceptors’ – atas dasar melindungi Ankara sebagai ‘sekutu NATO’.


8. Pakej penjualan Patriot kepada Turki ini dianggarkan sekitar USD3.5 bilion – mengatasi jumlah pakej sistem pertahanan peluru berpandu S-400 Rusia yang turut dijual kepada Turki dengan nilai USD2.5 bilion.


9. Tidak cukup dengan kesemua keputusan ini, Trump bahkan turut memaksa Setiausaha Pertahanannya James Mattis agar meletak jawatan segera kerana tidak bersetuju dengan keputusan beliau yang memberi sebegitu banyak kelebihan kepada Turki.


10. Siri keputusan Trump ini jelas memberi ‘kemenangan tersirat’ yang cukup besar buat Turki di bawah kepimpinan Erdogan. Pada satu sisi, Turki kini bukan sahaja akan memiliki sistem pertahanan peluru berpandu yang terbaik dari Rusia, bahkan juga bakal memiliki sistem peluru berpandu antara yang terbaik dari Amerika.


11. Untuk rekod, peluru berpandu Patriot yang dijual AS kepada Turki ini adalah buatan syarikat Raytheon – syarikat sama yang menghasilkan Tomahawk yang digunakan Trump ketika mengebom Syria pada 2017 lalu. Perlu diingat, Turki juga turut terlibat dengan program pembinaan pesawat tempur F-35 bersama AS – meski pun penjualannya kepada Turki telah ditangguhkan oleh Kongres beberapa bulan lalu untuk ‘penilaian semula’.


12. Tidak cukup dengan kesemua perkembangan ini, keputusan Trump untuk mengundurkan tentera Amerika dari Syria juga mendatangkan impak besar kepada posisi Turki – khususnya di sempadan Turki-Syria dan ancaman Kurdish. Pada mata kasar, pengunduran Amerika ini hanya akan menyumbang kepada penjimatan dan pengurangan beban ketenteraan Amerika di Syria.


13. Namun demikian, ia juga sebenarnya menandakan pengunduran Amerika daripada membantu Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan YPG (Unit Perlindungan Rakyat) iaitu sebuah pasukan Kurdish yang pro-Parti Pekerja Kurdish (PKK) – sebuah gerakan yang banyak melancarkan serangan berdarah di Turki.


14. Secara khususnya, Amerika telah sejak beberapa ketika yang lalu membantu SDF-YPG dalam misi (kononnya) memerangi DAESH sedangkan ia jelas sekali menguatkan pasukan pemberontak Kudish berkenaan di Manbij, Barat Euphrates, Syria.


15. Kemuncaknya adalah apabila tersebar kenyataan bahawa Trump dikatakan ‘menyerahkan’ urusan Syria kepada Turki menerusi perbualan telefon kedua-dua pemimpin berkenaan – kemudiannya membawa kepada peletakan jawatan James Mattis yang dilaporkan menentang keras keputusan Trump ini.


16. Lalu timbul persoalan besar – mengapakah Trump membuat kesemua keputusan yang akan menguntungkan Turki ini? Apa yang telah Erdogan lakukan hingga Trump sanggup berpatah arang dengan Setiausaha Pertahanan beliau sendiri? Bukankah Trump sendiri yang mengenakan tarif baharu ke atas import Turki yang memberi kesan buruk ke atas mata wang Lira Turki beberapa bulan lalu?


17. Jawapannya terletak pada kebijaksanaan Erdogan mengatur masa dan merundingkan tekanan ke atas Washington. Bukan lagi rahsia bahawa antara kontroversi besar yang sedang membayangi pentadbiran Trump saat ini ialah pembunuhan ngeri wartawan Jamal Khashoggi.


18. Pentadbiran Erdogan jelas bersedia memanfaatkan isu pembunuhan Jamal Khashoggi ini bagi kepentingan strategik mereka. Turki bukan sahaja memiliki pelbagai bukti yang cukup berkenaan penglibatan sekutu kuat Trump, iaitu Arab Saudi – khususnya Putera Mahkota Mohammad Bin Salman – dalam pembunuhan berkenaan.


19. Malah, berdasarkan rakaman yang dimiliki Turki, jelas bahawa Erdogan telah maklum mengenai perancangan tersebut lebih awal. Sama seperti mana tragedi rampasan kuasa 2016, Erdogan dilihat tegas menggertak apabila tragedi ini berlaku bagi mengenakan tekanan yang halus ke atas Washington (dan juga Riyadh).


20. Akhirnya tentulah pengisytiharan Erdogan bahawa tentera Turki akan mula menyerang pemberontak Kurdish – yang dibantu Amerika – di sungai Euphrates, Syria, beberapa hari sebelum beliau berhubung dengan Trump.


21. Ternyata, dalam keadaan Trump bergelut dengan pelbagai tekanan dalaman – isu perbelanjaan tembok Mexico, siasatan campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya Presiden Trump, perang perdagangan dengan China, percanggahan pendapat dengan anggota pentadbiran beliau, hinggalah ke tekanan seluruh dunia susulan pembunuhan Jamal Khashoggi – percaturan ‘tarik-tali’ Erdogan telah membuahkan hasil.


22. Hari ini, Erdogan telah berjaya melindungi berjuta pelarian Syria, mengurangkan peluasan kuasa Iran di Iraq dan Syria, melemahkan pengaruh Arab Saudi yang mendukung hegemoni Dollar Amerika, membantu perjuangan Palestin secara tersurat dan tersirat, mengetatkan tekanan ke atas Amerika dan Israel, mengimbangi kemaraan Rusia, dan dalam masa yang sama membuka ruang pemerkasaan kekuatan Turki dengan mengambil kesempatan manfaat kepakaran yang dimiliki kedua-dua kuasa besar di Timur dan Barat.


23. Pastinya, banyak sekali yang boleh kita pelajari daripada insan yang bernama Erdogan ini. Segala langkah perlu diatur cermat. Mengisytiharkan Amerika sebagai musuh yang perlu diperangi segera bukan langkah strategik. Mengisytiharkan Rusia sebagai musuh yang perlu dikalahkan segera bukan tindakan bijak. Sebaliknya, segala teknologi dan kepakaran dari kedua-dua Amerika dan Rusia dicedok bagi menguatkan kedudukan Turki - sekali gus mencorakkan pola politik antarabangsa secara berperingkat-peringkat. Luar biasa strategi Erdogan menutup tirai 2018.


Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber: https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10212982602749299






Xiaomi beats Samsung to the rounded notch design


On Monday, Xiaomi introduced the Mi Play, a smartphone featuring a teardrop-shaped notch — and it comes at a very affordable price.

While Samsung has been showing off various innovative notch concepts, Xiaomi has just made a design that closely resembles the Infinity-U display that Samsung teased at its annual Samsung Developers Conference last month a reality.

The new Mi Play is Xiaomi's first phone to launch with a tiny, half-moon shaped notch. While other smartphone giants like Samsung and Huawei are opting for an off-center, circular hole-punch notch design, Xiaomi stayed true to the notion of just shrinking the classic notch design.

Depending on your taste, this cut-out option may be less obstructive than the pinhole-like punch of the alternatives.

The company has a track record of switching up the notch. Earlier this year, the completely notchless flagship Mi Mix 3 was launched, but that full-screen display came with a price: the notch was replaced with a slide-up mechanism that housed the front camera and speaker.

While this gave users the coveted bezel-less display, they had to mechanically slide the screen down to take a photo or answer a call.

The Mi Play brings a more pragmatic, but still innovative design to users, at a reasonable price. The 5.84-inch display phone comes with a MediaTek P35 processor, 4GB of RAM with 64GB of storage, and two rear-facing cameras (12MP and 2MP) all for 1,099 yuan or about US$160.

The phone is currently only available in China. Over the next year we're sure to get options with similarly designed notches, but the price of the Mi Play is definitely one of a kind.

Teens For Ummah Siri 6.0



Nisa Serdang MembawakanšŸŽ€

šŸŒŗTEENS FOR UMMAH Siri 6.0šŸŒŗ

Objektif khas untuk remaja perempuan supaya mempunyai aktiviti bermanfaat sempena malam tahun baru. Elak anak remaja kita terlibat dengan parti dan konsert LIAR tahun baru

šŸ—“ 30 Disember 2018 & 31Disember 2018
⏰ 10 pagi (Ahad) - 2.30 petang (Isnin)
šŸŒ‡Masjid Alhasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Remaja Perempuan, 13-17 tahun

Aktiviti yang menarik dan pengisian mantap !
šŸ’œNisa' Got Talent
šŸ’œTreasure Hunt
šŸ’œBedah Movie
šŸ’œ Latihan dalan kumpulan
šŸ’œ Talk Remaja Solehah,Remaja Beradab .
šŸ’œ Sesi DIY Pencil Case.
šŸ’œ Hijab Tutorial dan slot kesihatan.

Yuran? RM20 sahaja.

Tempat Terhad untuk 80 orang sahaja!

Daftar segera šŸ“ž
Sis Syifa' 0192975196
Sis Shira 0108105267

Terengganu: Kerajaan Bersedia Tambah Baik Program Bantuan Pakaian Sekolah

ADUN Kemasik bersama semua penerima bantuan persekolahan
Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN - Kerajaan negeri bersedia menambah baik program bantuan agihan pakaian sekolah supaya semua golongan sasar dapat menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan itu.

Timbalan Pengerusi Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program komuniti terbesar yang menelan belanja sebanyak RM12 juta di seluruh negeri termasuk hampir 4,300 penerima yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik itu banyak meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan.

"Sebagai permulaan, kita (kerajaan negeri) mampu memberikan bantuan lengkap bagi dua orang anak untuk satu keluarga.

"Dalam masa yang sama, sebarang aduan daripada pelbagai pihak juga akan dipertimbangkan dalam membuat penambahbaikkan pada masa akan datang demi kepentingan semua dan kebajikan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,"katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmibersalaman dengan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Ir Saiful Azmi berkata demikian ketika merasmikan Program Back to School 2019 anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Badan Amal Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), di Dewan Sivik Kertih, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik.

Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menjelaskan mengenai kepentingan program komuniti kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri ini sentiasa terpelihara.

"Impak program sebegini bukan sahaja kepada orang yang bekerja di kawasan DUN Kemasik, malah juga kepada rakyat di Terengganu secara keseluruhannya," kata beliau lagi.

PAS vs UMNO: Anta tanya ana jawab


Oleh: Hj Idris Hj Ahmad
26/12/18


Dulu PAS lawan Umno, sekarang pasal apa boleh berkawan?
  • Sebelum saya jawab soalan itu, samalah juga dengan pemimpin PH hari ini. Apa yang mereka tidak kata kepada Tun Mahathir dan apa yang Tun tidak kata kepada mereka. 
  • Boleh tonton di dalam You Tube, kita pun geli hendak dengar sumpah seranah dan gelaran yang tidak tergamak untuk ditulis dan didengar.
  • Kenapa mereka boleh bersatu untuk duduk semeja, semata-mata hendak lawan DS Najib dan BN.
  • Samalah juga PAS berkawan dengan Umno, kerana Umno sekarang pembangkang. 
  • Dulu PAS lawan Umno, kerana mereka kerajaan.
  • Mana ada di dalam negara demokrasi pembangkang lawan pembangkang
  • Sekarang matlamat kami melawan PH. Matlamat sama iaitu isu Islam dan melayu bumiputra.Apa masalahnya?
  • Soal ikhlas atau tidak ikhlas Umno kita serah kepada Allah SWT.
  • Sama seperti kami berkawan dengan Parti Semangat 46, PKR, Dap dahulu. 
Nota

Untuk maklumat keluarga saya dan anak cucu saya tidak ada yang menyokong parti selain PAS. Saya daripada sekolah, masuk universiti, sehingga menjadi pensyarah aktif dalam PAS. Termasuklah juga sebahagian besar pimpinan tertinggi PAS lahir daripada keluarga PAS. Apa yang pelik pemimpin PH terutama Pan, Pkr dan Bersatu mereka ini pun masih banyak keluarga mereka daripada Umno dan mereka pun lahir daripada uri umno. Mereka pun gagal untuk hendak ajak keluarga mereka keluar umno. Malahan ada yang menjadi rakan kongsi niaga dengan pemimpin Umno, sewaktu BN memerintah dahulu. Bohong ja lawan umno. Hipokrit. 

Kenapa PAS berkawan dengan perasuah (umno)
  • Bab rasuah pemimpin PH tidak layaklah bercakap. Selesailah masalah peribadi dan parti mereka dahulu. 
  • Paku dulang, paku serpih. Kata dekat orang dia yang lebih.Ambil cermin suluh muka terlebih dahulu.
  • Lebih baik cari isu lainlah daripada bercakap isu integriti dan rasuah.
  • Tujuh bulan memerintah sudah diketahui tahap integriti mereka.
Hj Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS

"Peluang Khas Untuk Pelajar Lepasan SPM/ SMA/ SMU/ 4THANAWI/ STAM/ Maahad Tahfiz/ Pondok"


Anda telah menduduki SPM / STPM? Atau anda memiliki sijil akademik seperti SMA / SMU / 4 Thanawi / STAM? Atau mungkin anda pemegang Sijil Syahadah Tahfiz 30 Juzuk / lepasan pondok? 

Atau anda menanti panggilan untuk menyambung pengajian dari mana-mana IPT & mencari kursus persediaan untuk mengukuhkan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris?

Jangan risau!!

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak dengan ini membuka peluang kepada anda semua untuk menyambung pengajian peringkat diploma pengambilan sesi Januari 2019 dan Kursus Persediaan Ke IPT (Bahasa Arab & Bahasa Inggeris).

Tarikh Tutup Permohonan : 3 Januari 2019

Tarikh Pendaftaran Masuk : 8 Januari 2019 (Selasa)

KUIZM menawarkan pengajian seperti berikut:


1. DIPLOMA MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM
2. DIPLOMA DAKWAH & KOMUNIKASI
3. Pra Diploma (Pengukuhan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris 5 bulan)
------------------------

=>>> NAK DAFTAR SEGERA??

☎Whatsapp "DAFTAR KUIZM" ke --> www.wasap.my/60103565616

☎Whatsapp "DAFTAR KUIZM" ke : www.wasap.my/60103565616

šŸ“  Atau klik link berikut : www.kuizm.org/diploma

➖➖➖➖➖➖➖➖

=>>> KENAPA ANDA PERLU SAMBUNG DI KUIZM??

1) Kecemerlangan Akademik

===> KUIZM menyediakan sistem pembelajaran yang syumul merangkumi pengajian teori dan praktikal menggabungkan manhaj turath dan kontemporari.

2) Pembentukan Syakhsiah & Jati Diri

===> KUIZM begitu mementingkan pembinaan jati diri, akhlak dan syakhsiah. Oleh itu, disiplin dan komitmen pelajar dalam setiap aktiviti dan program akan diberi perhatian dan dinilai.

3) Penerapan Tarbiah & Nilai Kepimpinan

===> Semua pelajar KUIZM diwajibkan mengikuti program tarbiah seperti usrah mingguan, ijtimak thalabah, tamrin, kem jati diri dan kepimpinan.

4) Kemahiran Tambahan Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

==> Pelbagai aktiviti ko-kurikulum dijalankan untuk memberi nilai tambah istimewa kepada pelajar KUIZM seperti kelab IT, Seni Khat, Seni Silat, Perubatan Islam, Jabatan Amal dan banyak lagi.

5) Bimbingan Berterusan Daripada Profesional Industri

==> Dengan kerjasama dari pelbagai pihak, KUIZM diberi ruang untuk menghantar para pelajar terus ke medan untuk menerima nasihat dan bimbingan daripada profesional sama ada bidang Muamalat & Kewangan Islam juga bidang Dakwah & Komunikasi.

6) Peluang Melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda

==> Para graduan Diploma KUIZM berpeluang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda sama ada di TAZKIA University College of Islamic Economic Indonesia (Program 3 + 2) atau di Universiti Islam Negeri Raden Fatah, Palembang (Program 3 + 2). Selepas itu, mereka juga berpeluang menyambung MA & PhD di IPT dalam & luar negara.
➖➖➖➖➖➖➖➖

=>>> INFRASTRUKTUR KUIZM

✔Bilik kuliah yang selesa & kondusif

✔ Dewan Utama

✔ Asrama Lelaki & Perempuan

✔ Perpustakaan

✔ Surau

✔ Kafeteria

✔ Dataran Ilmu KUIZM

✔ Bilik Kegiatan Pelajar

➖➖➖➖➖➖➖

=>>> BAGAIMANA UNTUK MEMOHON??

(1) Mohon secara online di www.kuizm.net/daftar
(2) Dapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM.

➖➖➖➖➖➖➖➖


NAK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT :

➡ Sila klik link berikut : www.kuizm.org/diploma

➡ TEL : 010-3565616 (Hotline), 03-61865616 (Pejabat)

➡ EMEL : info@kuizm.org

➡ WEB : www.kuizm.org

➖➖➖➖➖➖➖➖




=>>> DAFTAR SEKARANG!!!

☎Whatsapp "DAFTAR KUIZM" ke : www.wasap.my/60103565616

šŸ“  Atau klik link berikut : www.kuizm.org/diploma

"Generasi Murabbi Pemacu Ummah"


⏩ Sila share seluasnya kepada kawan2 dan semua group whatsapp anda!!

© all rights reserved
made with by templateszoo