NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Kerajaan Bersedia Tambah Baik Program Bantuan Pakaian Sekolah

ADUN Kemasik bersama semua penerima bantuan persekolahan
Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN - Kerajaan negeri bersedia menambah baik program bantuan agihan pakaian sekolah supaya semua golongan sasar dapat menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan itu.

Timbalan Pengerusi Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program komuniti terbesar yang menelan belanja sebanyak RM12 juta di seluruh negeri termasuk hampir 4,300 penerima yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik itu banyak meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan.

"Sebagai permulaan, kita (kerajaan negeri) mampu memberikan bantuan lengkap bagi dua orang anak untuk satu keluarga.

"Dalam masa yang sama, sebarang aduan daripada pelbagai pihak juga akan dipertimbangkan dalam membuat penambahbaikkan pada masa akan datang demi kepentingan semua dan kebajikan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,"katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmibersalaman dengan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Ir Saiful Azmi berkata demikian ketika merasmikan Program Back to School 2019 anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Badan Amal Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), di Dewan Sivik Kertih, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasik.

Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut menjelaskan mengenai kepentingan program komuniti kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri ini sentiasa terpelihara.

"Impak program sebegini bukan sahaja kepada orang yang bekerja di kawasan DUN Kemasik, malah juga kepada rakyat di Terengganu secara keseluruhannya," kata beliau lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo