Mini T'mart Cafe @MyHarakahBazaar Pasar Produk IKS Terengganu



KUALA LUMPUR, 29 Disember - Kerajaan Terengganu, melancarkan Mini T'mart Cafe pertama di Jalan Pahang Barat of Jalan Pahang di sini semalam bagi memasarkan produk makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) rakyat negeri itu di kota raya.




Perasmian pelancaran itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.


Mini 'outlet' itu dikendalikan oleh Cakna Sdn Bhd (Cakna), anak syarikat Yasasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. 


Kira-kira 200,000 rakyat Terengganu yang tinggal di sini dijangka mendapat kemudahan untuk memperolehi produk makanan Terengganu di 'outlet' tersebut di waktu perniagaan. 

Ketika ditemui pemberita Haji Mohd Nurkhuzaini berkata, 'outlet' itu mempunyai dapur untuk memasak produk sejuk beku seperti ketupat palas dan lain-lain untuk di makan di kiosk berkenaan sambil sembang santai. 



Katanya, kerajaan negeri berhasrat untuk pasarkan produk Terengganu di kota raya Kuala Lumpur supaya peminat makanan Terengganu boleh mendapatkannya dengan mudah di sini. 


"Saya mengharapkan konsep mini 'outlet' ini dapat diterima baik oleh masyarakat kota untuk menikmai produk usahawan Terengganu. 


"Ini kerana peminat makanan Terengganu amat tinggi populasinya, pasarannya pula luas bahkan ia popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara, " ujarnya. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cakna Haji A Razak Sulaiman berkata, mini 'outlet' itu dibuka dengan kos sebanyak RM25,000 dengan keluasan tapak 14 kaki kali 15 kaki (210 kaki persegi) yang merupakan kiosk kedua selepas pusat pemasaran T'mart dibuka di Kampung Baru di sini tidak lama dulu. 

Menurutnya, 'standard' keluasan tapak untuk 'outlet' tersebut ialah 100 kaki persegi (10 kaki kali 10 kaki). 

Katanya, Cakna mensasarkan 10 buah Mini T'mart Cafe dibuka dan syarikat berkenaan sedia membantu pengusaha IKS untuk membuka 'outlet' berkenaan di sini. 


Beliau berkata, beberapa strategi pemasaran sedang dirancang Cakna termasuk memasarkan produk melalui media sosial, media massa, menggunakan motosikal untuk penghantaran 'Cash On Delivery' (COD) dan pengedar. 


"Dua buah motosikal disediakan masing-masing sebuah di Jalan Pahang Barat dan sebuah lagi di Kampung Baru, " jelasnya. 


Produk yang dipasarkan di 'outlet' tersebut termasuk Kerepok Lekor Asli, Kerepok Lekor 'Chesse', Satar Daun, Satar Ikan Goreng, Ketupat Palas, Nasi Dagang dan lain-lain. 


Haji A Razak berkata, produk-produk berkenaan dibekalkan oleh beberapa pengusaha IKS Terengganu dan bekalan untuk tujuan tersebut sentiasa ada.

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget