NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2019: Inilah 3 Fokus Utama Kelantan



KOTA DARUL NAIM – “PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN” menjadi tema utama Kerajaan Negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019. Majlis amanat tersebut telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan Negeri Kelantan. Menerusi amanat YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, ada beberapa ciri penting yang perlu diterapkan dalam budaya Pengurusan Ihtirafi oleh semua jabatan.

Ihtirafi diambil daripada perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud profesional. Lima ciri pengurusan ihtirafi ialah :

(a) Hawariyyun : pendukung kepada perjuangan yang suci
(b) Kafa’ah : akhlak islami dan integriti sebagai asas kepada pengurusan ihtirafi
(c) Wafa’ bil ‘uqud : keinginan untuk mencapai piawaian yang terbaik
(d) Himmatul ‘amal : mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profesion
(e) Hafazah : memelihara dan meningkatkan imej profesion

Dato Bentara Kanan juga menyatakan 3 fokus utama kerajaan negeri pada penggal ini. Fokus pertama ialah mencipta lebih banyak peluang pekerjaan melalui pembangunan industri hiliran hasil daripada sumber asli yang dimiliki oleh negeri. Fokus kedua pula berkenaan soal kebersihan dan keceriaan serta penghijauan negeri. Fokus ketiga pula ialah bagi menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat.

Kerajaan Negeri juga telah meletakkan sasaran untuk melaksanakan 2 perkara yang besar dalam tahun 2019 iaitu pertamanya adalah untuk mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan di antara pbt. Keduanya adalah pengaktifan dan penjenamaan semula program desa takwa yang pernah dilaksanakan pada suatu masa dahulu.

Memetik sebahagian ucapan aluan, YB Dato Hj Nazran bin Muhammad Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di dalam majlis amanat. Beliau menjelaskan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri tahun 2018 sehingga 31 Disember 2018 dijangka akan menunjukkan surplus akaun semasa sekitar RM40 juta berbanding tahun 2017 sebanyak RM38.82 juta.

Secara keseluruhannya, jumlah hasil yang dikutip pada tahun 2018 berjumlah RM586.81 juta iaitu meningkat sebanyak 5.48 juta atau 0.94% berbanding tahun 2017 berjumlah RM581.33 juta. Hasil utama pada tahun 2018 disumbangkan oleh hasil tanah sebanyak RM294.4 juta atau 50.16% daripada keseluruhan hasil sebenar yang dikutip.

Sebelum majlis berakhir, pelancaran buku tulisan Ustaz Dato’ Bentara Kanan sendiri telah disempurnakan di hadapan seluruh hadirin. Buku berjudul “Sains Al-Quran” ini adalah buku ketiga MB Kelantan.- FB Dato’ Ahmad Yakob 3/1/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo