NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Siasat Kaitan Ahli Politik Dengan Pengganas, Penjenayah" - PAS


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
17 Julai 2018 | 4 Zulkaedah 1439

"SIASAT KAITAN AHLI POLITIK DENGAN PENGGANAS, PENJENAYAH"

1.     Hubungan ahli politik dengan kumpulan mahupun kegiatan berunsur ekstremisme atau radikalisme wajib diberi perhatian serius dan ditangani segera oleh pihak berkuasa. Ianya ancaman paling mudah merosak dan menggugat keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

2.     Sama ada terjalin secara langsung mahupun tidak langsung, ianya mesti dicegah dari ledakan potensi dan risiko serta pelbagai kemungkinan negatif. Unsur subversif yang mendoktrin halus, menyalur sumber atau menaja kesiagaan unilateral asing perlu gigih dipatahkan.

3.     Apatah lagi jika sekiranya mengakar dan paling mencemaskan menapak pada 'punca kuasa' yakni menerusi parti politik mahupun pentadbiran kerajaan. Ia akan berselindung dan dilindungi demi kepentingan pihak tertentu untuk mencapai agenda mereka.

4.     Kami percaya pasukan keselamatan negara khususnya Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia mempunyai maklumat terperinci perkembangan ini. Oleh itu kami menuntut langkah bersepadu diambil secara profesional dan matang tanpa ada 'campur tangan' eksekutif.

5.     Dakwaan mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Ramasamy Palanisamy dengan pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) Sri Lanka mesti segera disiasat. LTTE hingga kini kekal disenarai sebagai kumpulan pengganas oleh lebih 30 negara.

6.     Kami menggesa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin untuk tampil meredakan kebimbangan awam dengan penjelasan yang telus. Jangan hanya kini DAP menjadi sekutu parti kerajaan, maka hal seperti ini didiamkan dari tindakan menurut undang-undang.

7.     Status terkini siasatan pernah dihadapkan terhadap beliau wajar diberi penjelasan. Begitu juga kami menuntut segala kes dalam siasatan polis berhubung kaitan ahli politik dengan kumpulan kongsi gelap dan jenayah lain supaya dibuka dan diteliti semula.

8.     Kami juga menggesa semua kepentingan politik tidak sewenang-wenangnya mempertahankan 'kawan' atau bersikap skeptikal untuk menafikan isu atau membalikkan tuduhan. Pembuktian secara adil perlu menerusi siasatan yang tidak dipengaruhi.

9.     Kerana isu kritikal seperti ini tidak memadai penafian di media, setelah pula ternyata Dr Ramasamy bukan sahaja pernah mengeluarkan kenyataan berunsur ancaman, malah masih melakukan 'ritual' khas seperti penghormatan kepada gambar raifal Kalashnikov (AK-47).

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/7408-siasat-kaitan-ahli-politik-dengan-pengganas-penjenayah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo