Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Menurut sumber kerajaan, senarai itu diserahkan pada Rabu lepas.
"Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.
"Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.
Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu.
No comments
Post a Comment