NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah: Calon Speaker DUN dikenal pasti kata Mukhriz


Speaker PKR, timbalan PPBM, kata Menteri Besar Kedah

PUTRAJAYA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, isu pelantikan Speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan pada 4 Julai depan.

"Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.

"Calon Speaker adalah daripada PKR manakala Timbalan Speaker pula daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bekata, ia 'terkawal, aman damai seperti biasa'. - Bernama 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo