NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ganesh Navaratnam Panglima Mawilla 2 Baharu



SANDAKAN – Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam mengambil alih tugas daripada Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob sebagai Panglima Wilayah Laut 2 (Mawilla 2).

Majlis serah terima tugas diadakan Dewan Mohd Azim, Rumah Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Taman Samudera di sini, hari ini.

Ia disaksikan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Ganesh sebelum ini adalah Inspektor Jeneral TLDM di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur, manakala Abdul Rahman akan menjawat Panglima Armada Timur TLDM berpangkalan di Kota Kinabalu.

Syed Zahiruddin pula akan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama di Markas Angkatan Bersama, Kuala Lumpur.

Berucap pada majlis itu, Syed Zahiruddin berkata Malaysia adalah sebuah negara maritim dan TLDM telah diberi mandat untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan perairan negara Malaysia.

Katanya cabaran yang dihadapi TLDM adalah dari segi ancaman bukan tradisional dan rentas sempadan termasuk rompakan dan kegiatan pelanunan terutama di perairan pantai timur Sabah.

Beliau berkata dengan perpindahan Mawilla 2 dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada tahun lepas telah membolehkan operasi, latihan dan rondaan di pantai timur Sabah dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata tiada insiden pencerobohan dan penculikan yang berlaku semenjak awal 2017 hingga hari ini.

Selain itu, katanya, pertambahan aset TLDM terutamanya kapal dari Armada Barat ke Armada Timur bagi melindungi perairan Sabah memungkinkan perancangan untuk membangunkan pangkalan baharu perlu disegerakan kerana pangkalan sedia ada kini terlalu sibuk dan tidak sesuai lagi kerana terlalu dekat dengan bandar. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo