NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amirudin angkat sumpah MB Selangor





KLANG: Teka-teki mengenai calon Menteri Besar Selangor terjawab setelah Adun Sungai Tua, Amirudin Shari bakal mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu di Istana Alam Shah.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu akan berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula pukul 9.45 pagi Selasa.

Amiruddin yang juga merupakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan tiba di pekarangan Balairung Seri Istana Alam Shah sekitar jam 8.20 pagi bersama isterinya, Masdiana Muhamad.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon bagi jawatan itu selepas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Profil:

Nama : Amirudin Shari
Umur : 38 Tahun
Tarikh Lahir: 8 Februari 1980

Jawatan pernah disandang :
- Adun Sungai Tua (2008-2013, 2013-2018, 2018 hingga kini)
- Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan (2014 hingga kini)
- Ahli Jawatankuasa Pusat PKR
- Bekas Pengurus Persatuan Bola Sepak Selangor
- Penyelaras program di Institut Kajian Dasar

Pendidikan:

-Sekolah Menengah Benut, Pontian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Putra Malaysia.
- Memperolehi latihan khas berhubung persiapan pilihan raya di bawah Konrad Adenauer Stiftung yang dianjurkan di Berlin dan Munich.

Latar belakang politik:

- Aktif dalam sayap AMK sejak 2014 dan dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian
- Pada Januari 2014, Amirudin mengumumkan pencalonannya sebagai Ketua Pemuda AMK
- Mula bertanding sebagai Adun pada tahun 2008

Kerusi pernah ditandingi:

- PRU12 - N16 Batu Caves
- PRU13 - N16 Batu Caves
- PRU14 - N16 Sungai Tua - Sinar Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo