NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kayveas letak jawatan presiden myPPP


KUALA LUMPUR: Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden myPPP berkuat kuasa Isnin lepas, setelah menyandang jawatan itu lebih 2 dekad.

Dalam catatan Facebooknya hari ini, bekas ahli Parlimen Taiping itu turut meletak jawatan sebagai penasihat exco myPPP Perak dan pengerusi myPPP Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat hanya 2 minggu sebelum pilihan Raya umum ke-14.

Menurut sumber, langkah itu mungkin kerana kegagalan parti itu mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang diberikan kepada Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivaraajh.

"Mungkin ada tekanan daripada anggota myPPP berhubung kegagalan Kayveas mendapatkan kerusi Cameron Highlands, walaupun parti itu bekerja keras sejak 2 tahun lepas," kata sumber enggan dikenali itu kepada Bernama.

Ahad lepas, Kayveas berkata, parti itu tidak merestui keputusan Naib Presidennya, Datuk Loga Balan Mohan untuk bertanding di Parlimen Segambut atas tiket Barisan Nasional.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo