NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shafie Apdal Bebas


KOTA KINABALU: Datuk Seri Shafie Apdal dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000.

Shafie ditahan pada 19 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

Keterangan Mohd Shafie diperlukan kerana penyelewengan dalam agihan projek luar bandar di Sabah itu, dikesan berlaku antara tahun 2009 hingga 2015, ketika beliau mengetuai KKLW.

Sebelum ini kira-kira 350 projek KKLW membabitkan 170 projek bekalan air, jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM.
© all rights reserved
made with by templateszoo