MB Kelantan: Itu wang ehsan, bukan royalti



DUN KELANTAN | Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob menegaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya hanya wang ehsan.

"Kenyataan itu kenyataan tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh kerajaan negeri ialah royalti minyak atau gas. Yang diberi atau disalurkan adalah wang ehsan.

"Apa yang disebut beliau telah mendahului tahun ini pada 7 September adalah mungkin di situ maksud menteri kewangan telah mendahului (bayaran) adalah wang ehsan, bukan royalti minyak.
Iklan
"Beza terlampau jauh. Wang ehsan nak beri tak apa, tak nak beri pun tak apa. Royalti hak kita.

"Kewajipan hendaklah dibayar kepada kerajaan Kelantan," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan (PAS-Semerak) pada sesi soal-jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangab Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang menyatakan kerajaan persekutuan sudah membuat bayaran royaltu kepada Kelantan pada September lalu.

Malah, Lim dalam kenyataannya semalam menegaskan bayaran tersebut dibuat lebih awal berbanding sepatutnya pada Januari tahun depan.

Sementara itu Ahmad meminta supaya Lim merujuk kamus Dewan untuk mendapatkan pencerahan tepat maksud wang royalti.

Malah katanya, kerajaan negeri sememangnya ada menerima wang ehsan pada bulan September lalu.

"Kita memang telah terima wang ehsan pada bulan September. Saya maklum kepada ahli dewan dan rakyat yang saya hormati pada 17 September sebanyak RM15.75 juta dalam tajuk penyaluran wang ehsan kepada Kelantan bagi tahun 2019," jelasnya.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget