Kelantan sumbang RM50k untuk mangsa banjir Pulau Pinang



6 NOVEMBER 2017 |
16 SAFAR 1439HlJRAH



YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan mewakili Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob Menteri Besar Kelantan menyerahkan sumbangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas sidang DUN tengah hari tadi bertempat di Bangunan DUN Pulau Pinang. Sumbangan diterima oleh Dato' Sarul Bahiyah, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, YB Dato' Abdul Rashid Hasnon dan YB Chong Eng EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili YB Hajah Mumtaz Md Nawi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, walaupun sumbangan ini tak seberapa, ia sebagai rasa bersama dan simpati rakyat Kelantan atas musibah yang menimpa rakyat Pulau Pinang.


Sumbangan ini berjumlah RM 50 Ribu Ringgit sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sebelum ini untuk mangsa banjir dari Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Disamping sumbangan tunai RM50k, turut dibawa bersama sumbangan barangan makanan dan keperluan harian yang akan diagihkan terus kepada mangsa banjir.

YB Dato' Abdul Rashid mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kelantan. Takziah dan rasa simpati dirakamkan kepada semua mangsa banjir.

Turut hadir YB Hajah Wan Ubaidah Omar, Timbalan Exco Kerajaan Kerajaan Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad Setiausaha Politik MB Kelantan, Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, dan Tuan Said Hj Sidup, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, NGO MESRA, dan Jabatan Amal Malaysia.
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget