NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label POLITIK TERKINI. Show all posts
Showing posts with label POLITIK TERKINI. Show all posts

'Kerajaan Persekutuan yang 'bocorkan' Johor' - Tunku Mahkota Ismail




JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar Kerajaan Persekutuan mengembalikan sebahagian hasil yang dijana negeri itu kepada Kerajaan Johor, bagi memastikan kebajikan rakyat dapat diperkukuh.

Baginda bertitah, Johor menyumbang lebih RM40 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan namun hanya sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion dikembalikan untuk menampung keperluan hampir lima juta rakyat negeri tersebut.

“Apabila kita memberi hasil negeri kita lebih RM40 bilion setahun dan dipulangkan hanya RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk menjaga 4.9 juta rakyat Johor, bagaimana? Benda itu tidak logik,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian semasa sesi Podcast Bual Santai Petang bersama Orang Muda Johor pada Sabtu, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dilapor menyifatkan Johor sebagai negeri kaya tetapi berdepan masalah 'kebocoran'.

Baginda menegaskan, Kerajaan Persekutuan merupakan punca hasil yang dijana negeri ini tidak dikembalikan secara adil.

“Sahabat saya, Perdana Menteri, baru-baru ini membuat satu kenyataan mengatakan Johor ini negeri kaya tetapi banyak bocor.

“Ya, memang banyak bocor. Kerajaan Persekutuan yang bocorkan Johor,” titah baginda.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, kenyataan tersebut bukan sekadar berasaskan teori, sebaliknya pengalaman baginda sendiri berdepan projek pembangunan Johor yang didakwa dilambatkan atau disekat oleh Putrajaya.

Baginda menegaskan, sepatutnya sekurang-kurangnya 25 hingga 30 peratus hasil yang dikutip dari Johor wajar dikembalikan kepada negeri bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dan kebajikan rakyat dilaksanakan.

Titah baginda, urusan asas seperti membaiki bumbung sekolah di Segamat, jalan rosak di Batu Pahat dan menaik taraf kemudahan hospital tidak sepatutnya mengambil masa terlalu lama hanya kerana perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Tunku Mahkota Ismail turut membangkitkan isu kelewatan projek kesihatan, termasuk Hospital Pasir Gudang, kekurangan doktor dan kakitangan serta kelulusan Hospital Sultanah Aminah II yang masih belum dimuktamadkan.

Baginda bertitah, Hospital Pasir Gudang pernah berdepan risiko pembatalan sebelum baginda secara konsisten mendesak selama empat tahun supaya kemudahan itu disiapkan dan dibuka kepada rakyat.

Bagaimanapun, hospital berkenaan kini masih beroperasi dengan kekurangan doktor dan kakitangan, sekali gus menjejaskan tahap perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

“Siapa yang susah? Rakyat yang susah atau orang atasan yang susah? Rakyat yang susah,” titah baginda.

Baginda turut menyifatkan kelewatan beberapa projek penting itu sebagai antara faktor yang mengekang pembangunan Johor, walaupun negeri berkenaan memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Tunku Mahkota Ismail menegaskan, tuntutan pemulangan hasil bukan bertujuan untuk bermusuh atau menimbulkan masalah kepada Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya titah baginda, pemulangan hasil yang lebih munasabah akan membolehkan Johor berdiri lebih kukuh, menjaga keperluan rakyatnya serta pada masa sama mengurangkan beban Kerajaan Persekutuan.

“Kita bukan mahu bermusuh, berdepan dengan sesiapa atau memberi masalah kepada kerajaan yang mentadbir negara.

“Tetapi mereka kena menjaga kita sebagai rakan. Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil serius kehidupan rakyat Johor, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Johor,” titah baginda.


Sumber | Sinar Harian






 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

‘Once bitten twice shy’, Muhyiddin tolak kerjasama dengan Hamzah



PETALING JAYA- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang menyatakan akan menolak sekiranya Hamzah bersama rumah baharunya ingin bekerjasama dengan Perikatan Nasinonal (PN).

Menurutnya, selepas dikhianati, beliau perlu lebih berhati-hati kerana tidak mahu perkara sama berulang.

“Saya tidak berapa yakin perkara itu (parti Hamzah masuk PN) boleh berlaku pasal kalau dia nak cari hala tuju tu, itu hak dia. Bukan hak saya untuk mengatakan kalau dia nak sertai parti sana ke, nak seberang dengan pihak belah sana ke, dengan mana-mana kumpulan, itu hak dia.

“Saya tak nak campur tangan tapi kalau dia nak masuk PN, hak menerima keahlian dalam Perikatan Nasional ni bukan satu. Kalau tanya saya, saya akan jawab, tak boleh pasal ‘once bitten twice shy’ (sekali dikhianati kena berwaspada).

"Orang yang sudah buat macam itu, hang nak masuk balik? PN ada empat keahlian parti yang akan mempertimbangkan boleh atau tidak. Tapi ikut pandangan peribadi saya, kalau dalam tempoh setahun dua, tidak nampak dia ok, minta maaflah, kita ni manusiakan. Tidak semudah itu,” katanya dalam Wawancara Khas bersama media tempatan di Ibu Pejabat Bersatu baru-baru ini.

Sebelum ini, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mengesahkan wujud perbincangan tentang kemungkinan mengambil alih satu entiti politik yang dilaporkan dinamakan Parti Keluarga Malaysia.

Bagaimanapun, beliau menyatakan rundingan tersebut masih pada peringkat teknikal.

Pada 12 Disember lalu, Lembaga Disiplin (LD) Bersatu memecat keahlian Hamzah yang juga Timbalan Presiden serta-merta kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.


Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Merencana Politik Baru Malaysia

MERENCANA POLITIK BARU MALAYSIA

Tindakan 5 ADUN Bersatu  dan 3 ADUN PAS di Perlis menandatangi akuan bersumpah sehingga membawa kepada pertukaran Menteri Besar amat mendukacitakan. Sepatutnya mereka membantu MB sebaiknya untuk memajukan Perlis. Malangnya mereka memilih untuk berkomplot dan menjatuhkannya.

Peristiwa ini wajar mendorong PAS untuk menilai semula kerjasama yang dibina bersama Bersatu. Pasti Bersatu juga memikirkan perkara sama. Pendekatan kepimpinan tertinggi Bersatu membenarkan rampasan kuasa berlaku boleh ditafsir bahawa mereka juga sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan kerjasama dengan PAS. 

Jika PAS kekal tenang dan 'mengizinkan' rampasan kuasa itu berlaku, ia akan memberi gambaran bahawa PAS bukan parti yang mudah bertindak atas emosi. Malahan PAS mungkin akan dianggap sebuah parti yang mempunyai tahap kematangan politik luar biasa.

Namun begitu, untuk membawa perubahan besar dalam lanskap politik negara, tenang dan matang sahaja tidak mencukupi. PAS perlu dilihat sebagai sebuah parti yang penuh iltizam untuk membina harapan dan masa depan rakyat Malaysia.

PAS perlu dilihat dan boleh dirasai oleh ahlinya dan rakyat Malaysia akan kesungguhannya untuk menjadi parti yang berani, tegas dan bersungguh-sungguh dalam membenteras sistem politik semasa negara yang sarat korupsi, kronisma, nepotisma, penipuan, penindasan, penganiayaan, rasis & pengkhianatan.

Atas sebab itu, adalah amat wajar untuk PAS memberi pelajaran bermakna kepada Bersatu. Krisis Perlis adalah peluang terbaik PAS untuk menzahirkan ketegasannya dalam membina budaya politik baru buat negara -  Berdisiplin, Bersih, Berintegriti, Adil & Berwawasan.

Hari ini majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, anak muda dan mereka yang rasional pasti akan menolak parti politik yang terkenal dengan korupsi, rasuah, kronisma, nepotisma, rasis melampau, penipuan, pengkhianatan & penganiyaan.

Perangai hodoh itu jugalah yang membuatkan tahap kepercayaan masyarakat kepada orang politik semakin hari semakin merosot. Telah tiba masanya anak-anak Malaysia terbaik memimpin negara.

PAS berpotensi untuk muncul sebagai parti yang meneraju pemulihan politik Malaysia dari krisis kepercayaan rakyat terhadap ahli dan parti politik hari ini.

Untuk itu, semua ahli politik hatta merentasi parti yang jujur, ikhlas,  bersih, berintegriti, adil & berwawasan untuk membina Malaysia baru perlu bersama. PAS boleh memainkan peranan penyatuan ini. Ia boleh dipanggil Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Perpaduan Nasional atau apa sahaja boleh digagaskan. Gagasan ini boleh lebih besar dari penyatuan orang Melayu sahaja. Dengan kata lain, ia boleh juga bergerak ke arah penyatuan semua kaum utama di Malysia.

Matlamat pembentukan jajaran baru berteraskan blok parti politik atau menerusi penghijrahan tokoh-tokoh (ADUN, ahli parlimen & kepimpinan) berkualiti bernaung di bawah payung besar atas agenda bersama iaitu selamatkan Malaysia wajar diusahakan secara serius.

Telah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku dalam negara hari ini. Pilihlah pemimpin yang ikhlas dan tekun bekerja untuk rakyat dan negara. 

Jangan bimbang untuk berubah. Tinggalkan pemimpin yang korup dan sarat dengan pelbagai liabiliti. Hentikan kerakusan mereka. Hanya rakyat yang boleh melakukannnya.

Dr. Haim Hilman

‐------------------------------------------------------------

Reimagining a New Political Future for Malaysia

The recent actions of five Bersatu Assemblymen and three PAS Assemblymen in Perlis, who signed statutory declarations leading to the change of the Menteri Besar — are deeply disappointing. Instead of strengthening the state administration and supporting the leadership entrusted by the people, they chose a path that created instability and political uncertainty.

This episode should serve as a moment of reflection, not only for PAS but also for Bersatu. The apparent willingness of Bersatu’s top leadership to allow such a political manoeuvre suggests that the party itself may no longer be committed to the spirit of cooperation that once underpinned the alliance.

If PAS chooses to remain calm and composed in the face of this episode, it will send a powerful message to the rakyat that PAS is a mature, principled party that does not act out of emotion or personal interest. True political maturity lies in restraint, wisdom and clarity of purpose.

However, calmness alone is not enough.

Malaysia today needs a new political resolve one that is firm, courageous and rooted in integrity. PAS must be seen not only as a patient party, but as a party that dares to confront corruption, cronyism, abuse of power, betrayal of trust and systemic injustice.

The Perlis crisis should therefore be viewed as an opportunity, a defining moment to demonstrate a new political culture based on discipline, integrity, accountability and moral leadership.

Across Malaysia, particularly among the younger generation and thinking citizens, there is growing disillusionment with old-style politics marked by deceit, self-interest and power struggles. Public trust in political institutions continues to erode because too many leaders have failed to honour their responsibilities.

In this context, PAS has the potential to emerge as a unifying force a catalyst for a new political awakening. A movement that transcends party lines and unites principled leaders across backgrounds, ethnicities and ideologies under a shared mission: to restore integrity and dignity to Malaysian politics.

Whether under the banner of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, or any other collective platform, what truly matters is not the name, but the values it represents. The goal must be to build a politics that unites rather than divides, heals rather than harms, and uplifts rather than exploits.

The time has come for Malaysians to rise and demand better leadership leadership that is honest, courageous and genuinely committed to serving the people. It is time to turn away from corruption, betrayal and personal greed.

Only through integrity, unity and moral courage can Malaysia reclaim its future.

Dr. Haim Hilman Abdullah
© all rights reserved
made with by templateszoo