- Ketika jenama roti Gardenia menjadi perbualan di media sosial susulan dakwaan produknya menyebabkan cirit-birit, seorang individu berkongsi pengalaman mengenai kepentingan roti berkenaan sebagai bekalan makanan kru kapal sepanjang pelayaran.
- “Sejak belayar antarabangsa hinggalah ke pelayaran pesisir pantai memang Roti Gardenia ni jadi rutin setiap kali beli bekalan makanan,” katanya.
- Jelasnya, roti yang dibekukan sehingga keras akan dinyahbekukan semula oleh petugas dapur kapal sebelum dihidangkan kepada kru.
KUALA LUMPUR — Ketika jenama roti Gardenia menjadi perbualan di media sosial susulan dakwaan produknya menyebabkan cirit-birit, seorang individu berkongsi pengalaman mengenai kepentingan roti berkenaan sebagai bekalan makanan kru kapal sepanjang pelayaran.
Menerusi hantaran di Facebook Quality Dominic, individu itu menyifatkan Gardenia sebagai ‘rakan karib’ orang kapal kerana sering menjadi pilihan ketika mendapatkan bekalan makanan sebelum belayar.
Menurutnya, roti berkenaan lazimnya disimpan di dalam bilik sejuk beku atau cold room bagi membolehkan ia digunakan sepanjang tempoh pelayaran.
“Sejak belayar antarabangsa hinggalah ke pelayaran pesisir pantai memang Roti Gardenia ni jadi rutin setiap kali beli bekalan makanan,” katanya.
Jelasnya, roti yang dibekukan sehingga keras akan dinyahbekukan semula oleh petugas dapur kapal sebelum dihidangkan kepada kru.
Beliau turut mendakwa tarikh luput bukan perkara yang sering menjadi keutamaan dalam pengalamannya, memandangkan sesetengah kapal berada di laut sehingga sebulan.
Menurutnya, bekalan roti biasanya diperoleh apabila kapal singgah di pelabuhan yang membolehkan bekalan makanan halal dibeli, termasuk di Malaysia dan Singapura.
Dalam perkongsian sama, beliau turut mengimbas pengalaman membantu membekalkan roti Gardenia kepada kapal pesisir di Kemaman ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.
Katanya, bantuan itu dilakukan ketika kedai dan pasar raya ditutup sehingga menyebabkan kru kapal berdepan kesukaran mendapatkan bekalan makanan.
“Walaupun bukan produk yang aku jual, tapi orang kapal masa tu putus bekalan makanan sebab PKP. Jadi kita bantulah setakat mana mampu,” katanya.
Perkongsian itu menggambarkan hubungan rapat sebahagian kru kapal dengan jenama Gardenia yang menurut penulis hantaran sudah sebati dengan rutin kehidupan mereka di laut.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment