NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengalaman dalam pentadbiran jadi kelebihan Ridzuan




PAYA RUMPUT
: Pengalaman dalam pentadbiran kerajaan memberikan kelebihan kepada seseorang calon pilihan raya kerana mereka lebih memahami dasar, tanggungjawab serta permasalahan dalam pengurusan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah berkata, pengalaman berkenaan boleh dimanfaatkan oleh wakil rakyat ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penggubal undang-undang atau legislator di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Doktor perubatan boleh jadi Perdana Menteri Malaysia, apa masalah? Sebab wakil rakyat ini dia legislator, penggubal yang bekerja dengan kerajaan, dia lebih memahami peranan dan tanggungjawab itu,” katanya ketika ditemui sewaktu melakukan lawatan ke UDM Krubong.

Menurut beliau, individu yang pernah berkhidmat dalam pentadbiran mempunyai pengetahuan berkaitan operasi kerajaan serta memahami masalah perlu ditangani melalui dasar dan keputusan yang dibincangkan di dalam dewan.

Katanya, pengalaman tersebut membolehkan seseorang wakil rakyat mengemukakan pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebenar ketika membantu kerajaan melaksanakan tanggungjawab pentadbiran.

“Dengan pengalaman dia dalam tugas dia boleh gunakan pengalaman dan pandangan-pandangan dia untuk membantu kerajaan dalam dewan ini. Legislator, penggubal, dia kena banyak membicarakan dasar,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas penjawat awam berkata, calon PN DUN N.17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan sebagai antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

“Orang yang sudah ada pengalaman mentadbir, dia tahulah apa masalah dan apa yang perlu dibuat. Itu antara kelebihan calon kita yang ada di Bukit Katil,” katanya.

Ridzuan mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam perkhidmatan awam, khususnya bidang kesihatan persekitaran dan penguatkuasaan undang-undang, dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Beliau turut pernah mengetuai Unit Inspektorat dan Perundangan serta terlibat dalam pelaksanaan program kawalan dan pencegahan penyakit dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan penyakit berjangkit. – HARAKAHDAILY 13/11/2026



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo