NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS umum tidak bertanding PRN Sarawak




KUALA LUMPUR
: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 yang dijadualkan berlangsung 12 Disember ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjelaskan, PAS mengambil maklum perkembangan semasa berhubung PRN Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin menegaskan, PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu, komitmen berkenaan selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.

Sebelum ini sasar tiga kerusi

Keputusan itu menyusul perkembangan pada 24 Oktober lalu apabila Pesuruhjaya PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo, mengumumkan sasaran parti bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tiga kerusi berkenaan menurut beliau ialah Samariang, Sebuyau dan Beting Maro, manakala satu lagi kerusi di utara Sarawak masih dalam pertimbangan.

Beliau ketika itu memaklumkan, keputusan muktamad mengenai tiga kerusi berkenaan tertakluk kepada kelulusan kepimpinan tertinggi parti.

DUN dibubarkan 26 Oktober

Terdahulu, DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-13 selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada 23 Oktober lalu, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Beliau menjelaskan, selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 November lalu menetapkan, 12 Disember ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak ke-13.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun, memaklumkan, penamaan calon ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal berlangsung 8 Disember. – HARAKAHDAILY 19/11/2026



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo