NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lepas didakwa ‘buli’, calon MCA jemput pesaing DAP ‘perbincangan bertulis’



PETALING JAYA:
 Calon MCA di Bandar Hilir pada PRN Melaka, Jasmine Lok, menjemput saingannya daripada DAP, Leng Chau Yen, untuk satu ‘perbincangan bertulis’ di Facebook, susulan kebimbangan berhubung masalah pertuturan dihadapi Leng.

Dalam hantaran di Facebook, Lok berkata, beliau ‘sama sekali tidak berniat membuli Leng’ dan jemputan awalnya untuk berdebat bukanlah dibuat demi publisiti peribadi.

“Setelah mendengar ucapan-ucapannya, saya merasakan beliau mempunyai bakat cukup besar dalam pengucapan awam dan perdebatan. Saya dimaklumkan pada awalnya bahawa Leng bersetuju menerima jemputan saya.

“Saya mengakui bahawa kemahiran berdebat Leng berkemungkinan besar mengatasi saya. Tujuan sebenar debat ini adalah untuk membolehkan rakyat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu menjejaskan kehidupan dan mata pencarian mereka di Melaka, khususnya di Bandar Hilir,” katanya.

Ia susulan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengkritik Presiden MCA Wee Ka Siong kerana mencabar Leng, yang mempunyai masalah pertuturan untuk berdebat dengan Lok, sambil menuduhnya ‘pembuli’.

Loke, yang juga menteri pengangkutan mencabar Wee, yang pernah memegang portfolio berkenaan sebelum ini untuk berdebat mengenai pencapaian mereka ketika menerajui kementerian itu sebagai ganti.

Namun, Lok mempertahankan Wee sambil menyatakan beliau sekadar menyuarakan sokongan terhadap jemputan debatnya kepada Leng.

Mencadangkan ‘perbincangan bertulis’ di Facebook, beliau sendiri akan mengemukakan soalan berkaitan isu Bandar Hilir dan kawasan sekitarnya untuk dijawab Leng.

“Leng akan mempunyai peluang luas menjawab semua soalan saya dan mengemukakan soalannya sendiri mengenai Bandar Hilir.

“Debat ini tidak akan terlalu formal atau tegar, dan kedua pihak akan dapat bertukar fikiran secara terbuka, membina, dan bermakna,” katanya.

Lok berkata, tujuan debat itu bukanl untuk ‘menentukan kemahiran berdebat siapa yang lebih unggul atau siapa yang akan menang atau kalah’.

“Objektif kami adalah untuk meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan memberi mereka peluang untuk lebih memahami pelbagai isu yang menyentuh kehidupan harian mereka secara langsung. Satu-satunya pemenang dalam debat ini adalah para pengundi,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo