NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu rumah anutan haram: Kes Yayasan Kubra bukti kenyataan Nga Kor Ming tak betul



BANGI, 9 JAMADILAKHIR — Kes pencerobohan dan binaan rumah anutan haram atas tanah Yayasan Kubra menjadi bukti bahawa kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tidak tepat.

Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, tiada satu pun peruntukan dalam Kanun Tanah Negara (KTN); Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana statut lain yang melarang pemilik berdaftar mengalihkan binaan haram di atas tanahnya sendiri.

Tegas beliau, jawapan lisan di Dewan Rakyat tidak menggubal dan ia juga tidak boleh menggantung hak yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi menjelaskan jawapan itu, beliau memetik keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yayasan Kubra lawan Persatuan Penganut Sri Uchimalai Muniswaraman.

“Pemilik berdaftar mempunyai hak milik yang tidak boleh disangkal di bawah Seksyen 340 KTN dan hak eksklusif ke atas tanahnya di bawah Seksyen 44 KTN.

“Kuil yang dibina sebelum tanah itu didaftarkan atas nama pemilik pun tidak diiktiraf dan tidak mempunyai nilai undang-undang. Seksyen 341 tidak membenarkan pemilikan bertentangan.

“Penduduk tanpa kebenaran pemilik, tanpa lesen, sewaan atau pajakan, ialah pencerobohan. Isu ‘pemilikan’ tidak timbul langsung bagi tanah yang mempunyai hak milik berdaftar.

“Perintah Mahkamah Majistret yang menghalang perobohan itu diketepikan dan diistiharkan terbatal, tiada kuat kuasa undang-undang dan tidak berperlembagaan,” katanya kepada TV Pertiwi.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Kor Ming yang menyatakan pemilik tanah persendirian tidak dibenarkan merobohkan sendiri rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah mereka.

Katanya, ini bagi mengelakkan ketegangan kaum dan agama.

Mengulas lanjut, Hariz berkata, istilah ‘ketegangan kaum dan agama’ bukan lesen untuk menafikan hak tuan tanah kerana faktor ketegangan itu tidak berpunca daripada perobohan, atau pemilik yang mempertahankan haknya.

Tegas beliau, undang-undang tanah tidak mengenal agama dan prinsip sama terpakai kepada semua rumah ibadat termasuk masjid, surau, kuil, tokong dan gereja.

“Kalau sensitiviti boleh mengatasi hak milik, maka sesiapa sahaja boleh menduduki tanah orang lain asalkan binaannya rumah anutan. Ini bukan kedaulatan undang-undang,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Hariz turut menjelaskan bahawa Jawatankuasa Keselamatan Daerah ialah badan pentadbiran dan tidak diwujudkan oleh statut untuk menentukan hak milik atau menggantung hak pemilik berdaftar.

Katanya, pengantaraan boleh menjadi pilihan tetapi tidak boleh dijadikan prasyarat dan tidak boleh menjadi kuasa veto bagi penceroboh.

“Kami tidak menyokong tindakan liar oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan di atas tanah terlibat. Namun pemilik berdaftar yang membuat permintaan berulang kali, memberi notis dan bertindak dengan bantuan pihak berkuasa termasuk PDRM sedang menguatkuasakan haknya yang sah.

“Itulah yang dilakukan Yayasan Kubra dan itulah fakta yang direkodkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Keputusan mahkamah jelas sudah ada maka hormati dan bertindak sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tambah beliau.


Sumber | TV Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo