NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Hero Tamil’ datang last, Anwar dijadual bantu kempen saat akhir PH



BANGI, 1 JAMADILAKHIR — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual turun berkempen di Melaka, esok bagi memperhebat usaha meraih sokongan pengundi dalam pecutan terakhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka memulakan siri jelajah kempen di negeri itu seawal tengah hari sebelum menghadiri dua ceramah mega pada sebelah malam.

“Kita akan memulakan kempen seawal tengah hari. Datuk Seri (Anwar) datang ke negeri Melaka dan berkempen di beberapa lokasi lain sebelum akhirnya pada sebelah malam untuk ceramah mega di dua tempat.

“Ceramah pertama di Bukit Baru di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya dan kemudian di Paya Rumput. Dua lokasi ini akan dihadiri Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PH untuk grand finale Melaka,” katanya pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama PH di Melaka, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 yang melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Sabtu ini, dengan seramai 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN berkenaan.

PRN Melaka menyaksikan PH mempertaruhkan calon di 24 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (23), BERSAMA (16), BERSATU (tujuh), Perikatan Nasional (lima), PERKASA (satu) dan Bebas (tiga).


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo