NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka : Penduduk Rim puas hati prestasi Dira



  • JASIN — Beberapa penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menyuarakan rasa puas hati terhadap prestasi penyandangnya, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Datuk Dira, khususnya dalam aspek pembangunan kemudahan asas dan kebajikan masyarakat setempat.
  • Tinjauan The Merdeka Times mendapati penduduk yang ditemui memberikan penilaian positif terhadap usaha pembangunan termasuk pembinaan dan pembaikan jalan, longkang, surau serta kemudahan awam.
  • Seorang pengundi DUN Rim, Hashim Jantan berkata, prestasi Datuk Dira setakat ini memuaskan meskipun masih terdapat beberapa janji pilihan raya lalu yang belum dilaksanakan sepenuhnya.
  • “Prestasi Datuk Dira memuaskan dan ada juga yang belum dapat dilaksanakan masa pilihan raya yang lepas, sekarang ini telah beransur-ansur dia menggerakkan untuk laksanakan janji-janji yang dah dibuat,” katanya.
  • Sementara itu, penduduk Kampung Rim, Yahya Idris berkata, penyandang berkenaan telah menjalankan amanah dengan baik dan disenangi masyarakat setempat.
  • Bagaimanapun, beliau berkata, isu banjir dan keperluan asas masih perlu diberikan perhatian, berbanding pembangunan berskala besar yang bukan menjadi keutamaan penduduk kampung.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Rim, Shamsudin Mat Cha pula berkata, pelbagai kemudahan termasuk jalan, longkang dan kerja baik pulih rumah telah dilaksanakan sepanjang tempoh Datuk Dira menjadi ADUN.
  • Seorang penduduk Taman Mesra turut menyifatkan Datuk Dira sebagai wakil rakyat yang mudah didekati dan sering menghadiri program masyarakat tanpa mengira peringkat umur atau kaum.
  • Menurutnya, kemudahan seperti gelanggang futsal dan lampu turut disediakan untuk kegunaan penduduk setempat.
  • Kesemua responden yang ditemu bual memberikan pandangan positif terhadap prestasi penyandang, namun pandangan itu tidak semestinya mewakili keseluruhan pengundi DUN Rim.-The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo