NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Faisal ingatkan wakil rakyat Bersatu baiah RM10 juta



PETALING JAYA:
 Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz memberi amaran kepada wakil rakyat meninggalkan parti itu supaya mengosongkan kerusi mereka dan membayar RM10 juta kepada parti.

Beliau mengingatkan mereka terhadap baiah dan sumpah yang dilafazkan mereka kepada parti ketika dipilih sebagai calon pilihan raya.

“Jika meninggalkan parti atau bertukar ke parti lain, maka akan dilaknat Allah, Rasul dan orang yang beriman, segala perbelanjaan menggunakan elaun ahli dewan tersebut adalah haram,” katanya dalam catatan Facebook.

Beliau turut berkongsi tangkap layar dokumen ikrar yang menyatakan wakil rakyat perlu meletak jawatan sebagai Adun, Ahli Parlimen atau senator jika mereka keluar parti atau menyertai parti lain.

“Apabila saya keluar atau dipecat daripada parti, saya bersetuju untuk membayar RM10 juta kepada Bersatu dengan serta-merta,” menurut ikrar itu.

Walaupun Tun Faisal tidak menyebut nama, kenyataannya dibuat selepas Exco Terengganu, Razali Idris, memberi bayangan meninggalkan Bersatu dan menyertai parti baharu, lebih sebulan selepas meletak jawatan pengerusi Bersatu Terengganu.

Adun Kijal itu dilaporkan berkata, 30 Sept hari terakhirnya sebagai pemimpin Bersatu selepas 10 tahun memegang jawatan kepimpinan dalam parti serpihan Umno itu.

Dalam responsnya kepada Tun Faisal, Razali menerusi catatan Facebooknya berkata, sebahagian ikrar yang ditandatanganinya adalah untuk mematuhi arahan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo