Wee mengesahkan bahawa Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh telah bertemu dengan beliau serta seorang lagi pimpinan MCA di sebuah hotel di ibu negara.
Pertemuan kira-kira 11 malam semalam itu dilakukan atas arahan Pengerusi BN Zahid Hamidi.
“Ya, ia berlangsung dalam suasana tenang dan mesra tanpa sebarang pertengkaran. MCA telah menyatakan dengan jelas rasa tidak puas hati terhadap pengagihan kerusi bagi PRN Melaka.
“Namun saya berpandangan bahawa kita masih belum mencapai matlamat tersebut. Adalah terlalu awal untuk menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai positif pada peringkat ini,” katanya di Facebook.
Wee berkata, kedua-dua pihak perlu meneruskan perbincangan dan diharapkan satu titik penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua hari lagi.
Tambahnya, sebarang keputusan mengenai langkah MCA seterusnya dan pendirian muktamad parti berhubung PRN Melaka akan ditentukan secara kolektif oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.
Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata perbincangan khas agihan kerusi gabungan itu bagi PRN Melaka dengan MCA selesai dan mencapai perkembangan positif.
Sabtu lalu, Wee mengetuai tindakan pemimpin parti itu meninggalkan majlis pengumuman calon BN untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berhubung pengagihan kerusi.
Katanya, kerusi yang pernah ditandingi parti itu diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, walaupun MCA merupakan komponen BN sejak sekian lama.
BN mengumumkan 21 calon, termasuk Naib Presiden MCA Lim Ban Hong dan exco Ngwe Hee Sem untuk mempertahankan kerusi Kelebang serta Machap Jaya, manakala baki tujuh kerusi diberikan kepada PAS serta rakan strategiknya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment