NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman RM150 juta diteruskan ke atas Anwar




KUALA LUMPUR: Prosiding secara dalam talian dan had skop pemeriksaan balas antara pilihan yang sedang dipertimbangkan dalam saman fitnah RM150 juta Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pertimbangan itu mengambil kira usia serta keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan, termasuk tahap kecergasan, keselesaan dan staminanya.

Beliau berkata, mahkamah akan dimaklumkan pada 4 Disember depan mengenai langkah seterusnya dalam saman berkenaan, selepas pihaknya memohon ruang untuk Dr Mahathir menentukan hala tuju kes itu.

“Kita semua sedia maklum mengenai keadaan Dr Mahathir. Saya memohon kepada mahkamah untuk memberikan beliau masa dan ruang bagi menentukan langkah seterusnya.

“Kami akan kembali ke mahkamah pada 4 Disember untuk pengurusan kes bagi memaklumkan mahkamah mengenai langkah beliau yang seterusnya,” jelas Ketua Penerangan PEJUANG itu.

Pengurusan kes itu akan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin setelah prosiding kes itu sebelum ini ditangguhkan pada Januari lalu, selepas Dr Mahathir terjatuh semasa bersenam di rumah.

Dalam saman itu, Dr Mahathir menyatakan, Ahli Parlimen Tambun itu memfitnah beliau dengan menuduhnya bersikap perkauman serta mengayakan diri sendiri dan keluarga sepanjang tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir menyatakan, kenyataan itu dibuat semasa satu ucapan di kongres kebangsaan khas PKR di Stadium Melawati, Shah Alam pada 18 Mac 2023.

Beliau menuntut ganti rugi teladan RM100 juta dan ganti rugi am RM50 juta, selain permohonan maaf secara bertulis serta satu sidang media khas, di mana Anwar akan memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan berunsur fitnah itu. – HARAKAHDAILY 28/10/2026




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo