Akmal sebelum ini mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya apabila bertanya sama ada beliau patut bertanding di Serkam atau Sungai Rambai selepas mengucapkan terima kasih kepada pengundi Merlimau.
Senarai 21 calon diumumkan BN turut menyaksikan tujuh penyandang gabungan itu tidak dicalonkan semula, selain beberapa muka baharu diketengahkan dan Timbalan Ketua Umno Melaka Rais Yasin dipindahkan dari Paya Rumput ke Sungai Udang.
Kerusi itu kini disandang Dr Aleef Yusof daripada Perikatan Nasional (PN).
Antara yang digugurkan ialah bekas ketua menteri Sulaiman Ali di Lendu. Selain itu, penyandang Gadek VP Shanmugam, Zahari Kalil (Durian Tunggal), Kalsom Noordin (Pengkalan Batu), Rahmad Mariman (Ayer Molek), Zaidi Attan (Serkam) dan Siti Faizah Azis (Sungai Rambai).
BN mempertaruhkan muka baharu Hakim Wahid di Lendu, Ahmad Norazril Aziz (Rembia), S Nadarajah (Gadek), Mustafa Musa (Durian Tunggal), Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu), Ridhwan Ali (Ayer Molek), Azman Abdullah (Serkam) dan Jezlee Pit (Sungai Rambai).
Paya Rumput tidak ditandingi BN dan termasuk dalam tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada PAS serta rakan dalam PN. Selain itu, Bemban, Bukit Katil, Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang.
Sementara itu, penyandang dari MCA iaitu Lim Ban Hong (Kelebang) dan Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) turut dipertaruhkan semula.
Penyandang lain yang kekal adalah Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Rosli Abdullah di Kuala Linggi, Hameed Mytheen Kunju Basheer (Ayer Limau), Zulkiflee Zin (Taboh Naning) dan Fairul Nizam Roslan (Asahan).
Tuminah Kadi (Pantai Kundor), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Razak Abdul Rahman (Telok Mas) dan Khaidhirah Abu Zahar di Rim.
PRN Melaka akan berlangsung 14 Nov depan dengan penamaan calon ditetapkan 31 Okt.
BERIKUT SENARAI PENUH 21 CALON BN
- N01 Kuala Linggi: Rosli Abdullah (Penyandang)
- N02 Tanjung Bidara: Ab Rauf Yusoh (Penyandang)
- N03 Ayer Limau: Hameed Mytheen Kunju Basheer (penyandang)
- N04 Lendu: Hakim Wahid (muka baharu)
- N05 Taboh Naning: Zulkiflee Zin (penyandang)
- N06 Rembia: Ahmad Norazril Aziz (muka baharu)
- N07 Gadek: S Nadarajah (muka baharu)
- N08 Machap Jaya: Ngwe Hee Sem (penyandang)
- N09 Durian Tunggal: Mustafa Musa (muka baharu)
- N10 Asahan: Faizrul Nizam Roslan (penyandang)
- N11 Sungai Udang: Rais Yasin (berpindah kerusi dari Paya Rumput)
- N12 Pantai Kundor: Tuminah Kadi (penyandang)
- N14 Kelebang: Lim Ban Hong (penyandang)
- N15 Pengkalan Batu: Siti Aisyah Mahmood (muka baharu)
- N18 Ayer Molek: Ridhwan Ali (muka baharu)
- N21 Duyong: Mohd Noor Helmy Abdul Halem (penyandang)
- N23 Telok Mas: Abdul Razak Abdul Rahman (penyandang)
- N25 Rim: Khaidirah Abu Zahar (penyandang)
- N26 Serkam: Azman Abdullah (muka baharu)
- N27 Merlimau: Akmal Saleh (penyandang)
- N28 Sungai Rambai: Jezlee Pit (muka baharu)
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment