NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Mulai malam ini jangan alergik dengan hijau’, kata Zahid



PETALING JAYA:
 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menyeru penyokong gabungan itu supaya tidak lagi ‘alergik’ dengan PAS, dalam gambaran jelas mengenai kerjasama kedua-dua pihak pada PRN Melaka.

Zahid berkata jika sebelum ini BN yang sinonim dengan warna biru dan PAS dengan hijau saling berbeza haluan, keadaan itu kini perlu berubah susulan persefahaman dicapai kedua-dua pihak.

“Sekarang kita ada kawan baharu. Dulu kita alergik dengan hijau dan hijau alergik dengan biru.

“Mulai malam ini jangan lagi alergik. Hijau terima biru dan biru terima hijau,” katanya berucap pada pelancaran jentera pilihan raya dan pengumuman calon BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Menurut Zahid, kerjasama itu bukan sekadar membabitkan pembahagian kerusi, malah perlu diterjemahkan melalui sokongan di peringkat akar umbi apabila penyokong masing-masing membantu calon rakan mereka di kawasan ditandingi.

“Di mana kita bertanding, insya-Allah pengundi mereka akan kerja dan undi. Begitu juga (sebaliknya),” katanya.

Beliau berkata keserasian antara kedua-dua pihak perlu dibina dengan mengambil kira perubahan landskap politik semasa.

“Insya-Allah kalau keserasian ini dapat kita jalinkan, terowong ke Putrajaya semakin cerah kerana dinamika politik ini kita kena sesuaikan dengan realiti politik baharu,” katanya.

Zahid berkata persefahaman telah dicapai di Melaka dengan PAS serta rakannya dan berharap ia turut menyatukan rakan politik lain yang terlibat dalam kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan persefahaman itu tidak bermakna BN atau rakan kerjasamanya perlu mengorbankan dasar perjuangan masing-masing.

“Persefahaman ini bukan lesen untuk gadai perjuangan. Kita kenal dengan dasar perjuangan. Kita tidak gadai dasar, kita bina bersama-sama rakan,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo