NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti komponen buat rundingan sendiri wajar keluar PN, kata Hamzah



PETALING JAYA:
 Parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang mahu mengadakan rundingan politik sendiri tanpa melalui kepimpinan gabungan itu sepatutnya keluar daripada PN, kata Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Hamzah Zainudin.

Hamzah yang juga ketua pembangkang berkata, parti yang memilih untuk kekal dalam PN perlu bertindak sebagai satu pasukan dan menyerahkan rundingan berkaitan kerusi pilihan raya kepada kepimpinan gabungan.

“Kalau kita dah jadi satu anggota kepada PN, biarlah kita tumpu, bincang dan tak payahlah nak bincang seorang.

“Ada anggota ini dia suka bincang seorang. Kita dah maklumkan pergi dan serahkan kepada setiausaha agung (Takiyuddin Hassan) dan juga pengerusi PN (Samsuri Mokhtar),” katanya dalam sidang media di Kelantan.

Hamzah berkata, parti yang mahu menjadi sebahagian daripada satu pasukan perlu menghormati keputusan pemimpin yang mengetuainya, bukannya bertindak mengikut kehendak sendiri.

“Kita dah ada kapten, dia fikir dia tak suka dengan kapten, jadi dia nak buat sendiri.

“Sepatutnya kalau kita dah tak suka pada kapten itu dan nak buat sendiri, kita keluar daripada pasukan. Baru betul,” katanya.

Sebelum ini terdapat spekulasi, bahawa Bersatu yang juga parti komponen PN mungkin menjalinkan persefahaman pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka pada 14 Nov.

Terdapat laporan mengatakan kerusi Bemban mungkin diberikan kepada Bersatu di bawah pakatan yang dikenali sebagai, iaitu ‘PH Plus’.

Pada masa sama, PN bersetuju untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di PRN Melaka, walaupun pembahagian kerusi nampaknya masih belum dimuktamadkan.

Semasa PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, PN turut bekerjasama dengan BN, tetapi Bersatu bertanding secara solo di 24 kerusi dan kalah besar di semua kerusi tersebut.

Dalam perkembangan lain, Hamzah mempertahankan tindakan Takiyuddin berhubung isu penyertaan Bersatu dalam mesyuarat gabungan itu.

Katanya, tindakan Takiyuddin memaklumkan kepada parti berkaitan aduan mengenai status pematuhan peraturan masing-masing adalah langkah bertanggungjawab bagi memastikan urusan PN berjalan mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Beliau berkata pendekatan sama pernah digunakan terhadap Parti Gerakan Rakyat Malaysia (MIPP) sebelum ini, susulan aduan berkaitan parti itu kepada JPPM.

Hamzah berkata, Bersatu juga perlu menyelesaikan isu yang dibangkitkan sebelum perkara itu menjejaskan urusan gabungan secara keseluruhan.


Sumber | FMT Malaysia












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo